in

Penganggur Tertekan Dipercayai Sebab Masalah Keluarga Cuba Bunuh Diri, Didenda RM3,000 Oleh Mahkamah

Suicide 1

Sabtu lepas, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang dibantu sepasukan polis telah berjaya menggagalkan cubaan bunuh diri oleh seorang lelaki dari tingkat 5. Menurut Berita Harian, kejadian itu berlaku di sebuah flat dekat Cheras kira-kira jam 6.08 pagi di mana lelaki berusia 28 tahun itu dikatakan mengamuk sambil memegang satu objek senjata tajam.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa L Logeswaran, berkata,

“Seramai 20 anggota dan pegawai dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak dan Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.”

“Setibanya di lokasi lelaki berusia 28 tahun itu sedang berada di koridor rumah sambil memegang senjata tajam. Pada masa sama pihak polis kemudian merempuh masuk ke dalam rumah dengan memecahkan pintu rumah hadapan.”

Bunuh2

Kejadian itu tular dan menurut Kosmo!, individu itu dilaporkan telah didenda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Majistret, semalam. Shahfirul Hakim Shahidan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya dan mahkamah turut memerintahkan dia dipenjara selama 3 bulan jika gagal membayar jumlah denda itu.

Mengikut pertuduhan, Shafirul yang juga seorang penganggur didakwa melakukan suatu perbuatan iaitu cuba terjun dari bangunan melalui pagar balkoni rumah yang cenderung ke atas berlakunya perbuatan membunuh diri.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Shafirul juga dikatakan memohon agar dikenakan denda yang ringan dengan alasan dia kini tidak mempunyai pekerjaan dan sedang menganggur.

Bunuh2

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh yang cuba membunuh diri itu telah menyusahkan banyak pihak semasa kejadian.

Shafirul dikatakan bertindak sedemikian dipercayai kerana tekanan perasaan disebabkan masalah keluarga. Sebelum pihak bomba dihubungi, orang awam dikatakan cuba menenangkannya yang menjerit-jerit di dalam rumah sebelum berlari ke balkoni.

Baca: “Terbaik bro!” – [VIDEO] Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Wanita Yang Cuba Bunuh Diri Atas Jambatan

Facebook 1

Sumber: Kosmo!