Seorang lelaki berumur 28 tahun tekad untuk terjun dari tingkat 18 disebabkan kekasih hatinya tak jawab telefon.
Kejadian itu berlaku pagi tadi di Jalan Sastera U2/1, Shah Alam, Selangor. Menerusi Utusan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung dengan kejadian itu kira-kira jam 3.30 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.
Dah pujuk sampai 4 jam
Seramai 7 anggota dan pegawai daripada balai bomba dan penyelamat Kota Anggerik yang turun padang untuk menyelamatkan lelaki tersebut.
“Setibanya di lokasi kejadian, anggota saya mendapati seorang lelaki berumur 27 tahun sudah berada di bumbung apartment berkenaan yang terletak di tingkat 18.”
Tambahnya, sejurus sampai di lokasi kejadian, anggota bomba memasang kusyen udara di tingkat bawah sebagai persediaan seandinya lelaki itu cuba bertindak di luar kawalan (nekad terjun ke bawah).
Difahamkan, pihaknya bersama adik dan bekas isteri lelaki itu telah memujuknya selama 4 jam dan menurut ahli kedua-dua wanita itu, ini bukanlah pertama kali dia bertindak sebegitu, dia dikatakan pernah melakukan perkara sama di Pulau Pinang akibat masalah lain.
“Alhamdulillah akhirnya mangsa berjaya dipujuk dan membatalkan niatnya.”
Kejadian yang lebih kurang sama berlaku di Ampang apabila ada seorang wanita berumur 22 tahun cuba terjun dari tingkat 12 sebuah kondominium.
Menurut Norazam, ketika pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan tiba, wanita berkenaan sedang berdiri dekat kawasan koridor sebelum berjaya dipujuk anggota dalam kejadian pada pukul 4.37 pagi.
“Mangsa berjaya dipujuk oleh bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Baca : Kerajaan & Jabatan Peguam Negara Setuju Mansuhkan Penjara Atau Denda Bagi Individu Cuba Bunuh Diri