in

Dewan Rakyat Setuju Mansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan Cubaan Bunuh Diri

Cubaan Bunuh Diri

Buat yang tidak mengetahui, menurut Seksyen 309 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa seseorang yang cuba membunuh diri berdepan hukuman penjara sehingga setahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Pun begitu, ketika persidangan Dewan Rakyat semalam, Rang Undang-Undang (RUU) itu telah dipersetujui oleh ahli dewan untuk dimansuhkan.

RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas lapan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Cats 65

Menurut laporan Astro AWANI, RUU itu sebelum ini pertama kali dibentangkan oleh Timbalan Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh pada 4 April lalu bagi bacaan kali pertama.

Beliau menyatakan pemansuhan Seksyen 309 ini adalah untuk menidakkan kesalahan percubaan bunuh diri di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan dan ia akan menjadi anjakan dalam usaha mencegah kes cubaan bunuh diri di Malaysia.

Selain itu, ia turut menggalakkan mereka yang terkesan tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan.

“Dengan ini ia akan menghapuskan stigma terhadap perbuatan cubaan bunuh diri, seterusnya menurunkan kadar kematian bunuh diri,” katanya.

Bagaimanapun, kesalahan persubahatan membunuh diri di bawah peruntukan Seksyen 305 dan 306 Akta 574 masih dikekalkan menjadi suatu kesalahan.

Baca: Terlalu Terpengaruh Dengan K-Drama Didakwa Antara Punca Kes Remaja Bunuh Diri?

Featured Kpop 1