in

“Kolot, selfish” – Dr Say Minta Perempuan Jauhi Lelaki Yang Ada 2 Sifat Ini!

Dr Say Shazril Isu Suami Marah Isteri Asik Call

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu tangkap layar status whatsapp dipercayai milik seorang ‘suami tersakiti’ telah tular di media sosial baru-baru ini yang mana kononnya merungut kerana isterinya tidak membenarkan dia melepak bersama rakan-rakan.


Menerusi tangkap layar tersebut, difahamkan lelaki tersebut mendakwa isterinya asyik call walaupun dikatakan dia baru sahaja pergi melepak kurang dari 30 minit. Difahamkan, disebabkan panggilan telefon ini, lelaki berkenaan terpaksa ‘menanggung malu’ kerana ditertawakan rakan-rakannya.

Isu tersebut nampaknya telah mendapat perhatian doktor dan juga pengacara, Dr Say Shazril yang ‘triggered’ dengan perkara tersebut dan telah memberikan pandangannya dalam satu posting di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Mengakui bahawa dia bukanlah seorang suami yang terbaik, namun layanan dan perbuatan yang dilakukan oleh ‘suami tersakiti’ tersebut sepatutnya tidak berlaku.

Tambah Dr Say, walaupun bukan menjadi kesalahan kepada seorang lelaki yang sudah berkahwin untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan, perlu diingatkan yang mereka juga mempunyai tanggungjawab keatas isteri dan anak dirumah.

Screenshot 8 Horz

Tambah Dr Say lagi, sebenarnya seorang isteri ni tidak mempunyai sebarang masalah pun untuk menjaga seorang anak tanpa kehadiran suami, tetapi mereka sebenarnya inginkan kehadiran suami bersama mereka selain inginkan masa suami tersebut dihabiskan bersama keluarga dirumah.

“Nak berkawan silakan tapi sedar2 la batas hang sebagai seseorang bergelar ayah. Hang ingat bini hang call sebab hang baru lepak 30 minit ka?”

Berkongsi pengalamannya, Dr Say turut akui bahawa selepas menjalani kehidupan berumah tangga, kawan-kawan bukanlah lagi keutamaan untuknya lebih-lebih lagi selepas dikurniakan dua orang anak yang difahamkan merupakan anak istimewa selain kedua-duanya ligat.

280103419 609125497236727 1399243678336065007 N

Menurutnya, lelaki yang sering utamakan kawan-kawan berbanding keluarga dan anak ini pasti sukar untuk menjaga anak walaupun untuk tempoh 30 minit.

“Hang kerja pagi sampai petang, balik hang lepak dengan kawan, dah tu bila masa hang dengan anak hang? Jadi BE CONSIDERATE. Anak tu amanah berdua bukan amanah isteri sahaja.”

Dalam masa yang sama, Dr Say turut berpesan kepada suami-suami di luar sana untuk sama-sama memikul tanggungjawab untuk menjaga dan menghabiskan masa bersama anak-anak kerana mereka bukan amanah kepada isteri sahaja tetapi juga kepada suami.

Menutup perkongsian dan teguran tersebut, Dr Say sempat juga minta wanita-wanita diluar sana terutamanya yang belum berkahwin supaya menjauhi lelaki yang kolot serta selfish kerana menurutnya mereka ini pastinya seorang yang egois, keras kepala dan pastinya merasakan diri mereka paling hebat dalam keluarga.

Ig Say 1

Memasuki ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan teguran yang dibuat oleh personaliti tersebut selain ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan suami yang ‘workaholic’.

Selain itu, ada juga yang kongsikan cara masing-masing untuk tangani perkara tersebut dan ada juga yang menitip pesanan kepada wanita yang ingin mencari pasangan supaya kenali betul-betul pasangan sebelum terlewat.

Baca : “Anak2 ni tak bersalah” – Audiologis Terkilan Netizen ‘Jijik’ Tengok Dia Sentuh Pesakit HIV

Ft Netizen Jijik Dengan Pesakit Hiv

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.