in

“Terbaik bro!” – [VIDEO] Lelaki Ini Berjaya Selamatkan Wanita Yang Cuba Bunuh Diri Atas Jambatan

Facebook 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap individu pasti mempunyai masalah yang perlu diselesaikan dengan cara yang betul tanpa perlu menyakitkan mana-mana pihak ataupun membahayakan diri sendiri.

Namun, bunuh diri bukanlah cara yang bijak dalam menyelesaikan masalah kerana ianya akan memberi kemudaratan kepada diri sendiri dan keluarga.


Viral video di Facebook yang memaparkan seorang wanita sedang berdiri di penghadang jambatan yang dipercayai cuba untuk bunuh diri sebelum diselamatkan oleh dua orang awam yang lalu di kawasan itu.

Kelihatan persekitaran di kawasan berkenaan juga tidak lengang memandangkan kereta bergerak seperti biasa.

Dalam pada itu, kelihatan seorang lelaki cuba mendekati wanita berkenaan diikuti dengan seorang lagi lelaki yang turun daripada kereta cuba untuk menyelamatkan wanita itu.

Fb1 1

Tanpa berfikir panjang, lelaki berkenaan terus memeluk dan menariknya untuk keluar daripada kawasan yang bahaya itu.

Selepas kejadian itu, wanita berkenaan ditenangkan oleh orang awam dan pihak bomba.

Fb2 1

Hmm.. bunuh diri bukan jalan yang terbaik. Ada lagi cara lain yang boleh guna. Semoga wanita ini baik-baik je. 

Baca : “Saya nak rasa mati tu macam mana” – Gara-gara obses dengan kematian, Lelaki Ini Rakam Video Bunuh Diri di TikTok

India

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.