in

Pengacara No. 1 Malaysia, Datuk Aznil Dilantik Profesor Adjung Universiti Malaya

1paknil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja rancangan realiti televisyen, nama pengacara yang terlintas pastinya tidak lain dan tidak bukan, Datuk Aznil Haji Nawawi. Lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, telatah dan gelagat beliau dihadapan kamera pastinya membuatkan penonton terhibur.

Terkini, Pengacara Nombor 1 Malaysia itu telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Perniagaan Dan Ekonomi Universiti Malaya.


Perkara itu diumumkan sendiri oleh akaun rasmi universiti berprestij negara semalam. Pengumuman itu boleh dilihat di akaun Facebook Universiti Malaya di bawah.

Screenshot 2023 10 28 at 10.34.29 AM Screenshot 2023 10 28 at 10.34.42 AM

Artikel berkaitan: Pernah Terkenal Dalam ‘Macam Macam Aznil’, Jurulatih Penari Ahmad Kassan Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: “Dah nasihat jangan buat video makan diri” – Terpalit Isu Prank Kek, Ini Penjelasan Pak Nil

Pihak univesiti dalam hantaran Facebook itu berkata, pemilihan Pak Nil sebagai Profesor Adjung adalah kerana sumbangan beliau dalam bidang komunikasi penyiaran sehingga menjadi ikon kepada bakat-bakat muda yang lain.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya itu telah memulakan tugasnya pada 9 Oktober yang lalu.

Kami di Lobak Merah mengucapkan ribuan tahniah kepada Datuk Aznil Haji Nawawi atas pencapaian ini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.