in

“Dah nasihat jangan buat video ‘makan diri’- Terpalit Isu Prank Kek, Ini Penjelasan Pak Nil

F2 Pbck

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di pelbagai platform media sosial tentang tindakan seorang TikToker yang membuat konten video prank campak kek pada muka seorang wanita di taman rekreasi.

Selepas perkongsian video prank berkenaan dikecam hebat oleh warganet, TikToker tersebut bersama ‘mangsanya’ telah tampil meminta maaf kerana ia hanyalah lakonan semata-mata.


16

Dalam isu viral tersebut, nama Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil turut terpalit.

Ini kerana Pak Nil ialah mentor dan juri untuk program realiti Raja Viral di mana TikToker tersebut merupakan salah seorang peserta.

Untuk mengelakkan sebarang salah faham, Pak Nil telah tampil menjelaskan perkara sebenar tentang program realiti tersebut menerusi Instagram peribadinya petang semalam.

https://www.instagram.com/p/Cl-wYqFMPJp/

Dalam video berdurasi selama lebih kurang tiga minit itu, Pak Nil menjelaskan bahawa beliau memang merupakan mentor untuk program Raja Viral namun tindakan TikToker tersebut yang juga merupakan peserta program itu adalah di luar pengetahuannya.

Namun, sebelum ini, Pak Nil telah memberi nasihat kepada peserta-peserta program berkenaan agar tidak membuat content yang boleh ‘memakan diri’.

Untuk pengetahuan semua, program Raja Viral merupakan sebuah rancangan realiti yang ditayangkan di TikTok dan YouTube.

Menurut blog, ia merupakan kolaborasi Datuk Aznil Nawawi dengan syarikat AEON.

Untuk itu, Pak Nil juga berjanji akan membimbing peserta dengan lebih baik selepas ini dalam pembikinan content dan video di media sosial.

Sumber: Instagram @aznilnawawihm

Baca: “Tiada yang bertanya, peduli”- Prank Campak Kek Hanya Lakonan, TikToker & ‘Mangsa’ Tampil Mohon Maaf

4 2

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.