Momen selepas tamat istiadat konvokesyen kebiasaannya diisi dengan sesi bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, berbeza pula suasananya bagi graduan Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya (UM) apabila mereka meraikan hari penuh bermakna itu dengan persembahan tarian beramai-ramai.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Threads rasmi universiti berkenaan, sekumpulan graduan dilihat rancak menari tarian tradisional di perkarangan pentas terbuka diiringi alunan muzik rancak lagu rakyat Santan Binasa dan Tanjung Puteri.
Artikel berkaitan: “Naib Canselor pun layan!” – [VIDEO] Graduan Bersilat Ketika Ambil Skrol Buat Ramai Teruja!
Artikel berkaitan: “22 kali kimoterapi, 15 sesi radioterapi” – Graduan Hidap Kanser Tahap 4 Berjaya Tamat Pengajian Buat Ramai Sebak
View on Threads
Lebih mencuri tumpuan, kesemua graduan terbabit masih lengkap mengenakan jubah konvokesyen berwarna ungu beserta topi mortar masing-masing sambil menari dengan penuh bertenaga dan seragam.
Malah, kapsyen tertera pada video itu turut menyifatkan tradisi menari beramai-ramai tersebut sebagai identiti wajib bagi setiap kali majlis konvokesyen melibatkan graduan daripada fakulti berkenaan.
Turut kelihatan dalam rakaman berdurasi 34 saat itu adalah sekumpulan pelajar dan rakan-rakan berpakaian baju-T putih yang turut serta memeriahkan suasana dan menari bersama-sama di hadapan pentas Istiadat Konvokesyen Ke-66 UM itu.
Sumber: Threads
