in

Penduduk Flat Melampau, Baling Pisau Lagi!

Page Flat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat tak mengambil pengajaran dari kejadian yang melibatkan nyawa sebelum ini, segelintir  penduduk flat masih lagi tiada sivik dan selamba mencampak barangan dari tingkat atas tanpa memikirkan keselamatan orang lain yang berada di bawah.


Sebelum ini penduduk Flat Taman Medan Cahaya menyatakan kebimbangan selepas cat yang dibungkus di dalam beg plastik dan botol kaca dibaling dari tingkat atas. Bukan tu je, orang tak bertanggungjawab ini turut membaling pisau serta parang!

A2 3
sumber: harian metro

Terbaru, kes baling pisau ni masih berterusan walaupun dah pelbagai langkah dilakukan penduduk flat tersebut termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan bangunan, lapor Harian Metro.

A3 2
sumber: harian metro

Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Blok B, Flat Taman Medan Cahaya, Mohamad Fuad Jam Jam, 66, sebelum ini mengatakan mereka percaya ianya dilakukan oleh seorang lelaki dari tingkat 13 di flat sebelah.

“Pada mulanya pelaku berkenaan hanya campak bungkusan cat. Namun selepas beberapa kali melakukan perkara itu, dia semakin melampau apabila mencampakkan botol kaca, pisau dan parang.”

“Terbaru kami menemui dua lagi pisau yang dilemparkan dari tingkat atas bangunan. Kami percaya kegiatan itu dilakukan individu sama berdasarkan tulisan yang tertera pada senjata berkenaan.”

A5 1
sumber: harian metro
A6 1
sumber: harian metro

Katanya lagi, dalam kejadian terbaru itu, pihaknya menemui dua pisau di kawasan kaki lima bangunan blok berkenaan yang dicampakkan individu yang tidak bertanggungjawab itu. Sama seperti sebelum ini, pisau yang ditemui tertera dua nama individu dan alamat rumah.

“Pisau berkenaan dipercayai dicampakkan dari tingkat atas bangunan Blok C yang bersebelahan Blok B. Bagaimanapun, kami tidak pasti dari tingkat berapa kerana masih menunggu proses untuk menyemak sistem CCTV.”

A4 1
sumber: harian metro

Mereka sangat berharap pihak berkuasa memandang serius hal ini dengan mengambil tindakan segera ke atas pelaku sebelum kejadian yang tak diingini berlaku.

Jangan nanti ada penduduk maut tertusuk pisau baru pihak berkuasa hendak ambil tindakan drastik.”

Harap pihak berkuasa akan tangkap orang yang buat hal ni. Bahaya tau tak!

Baca: Remaja 15 Tahun Maut Terhentak Kerusi Dibaling Keluar Dari Tinkgat Atas Flat di Pantai Dalam

Acc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.