in

Remaja 15 Tahun Maut Terhentak Kerusi Dibaling Keluar Dari Tingkat Atas Flat di Pantai Dalam

Acc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Maut tidak mengenal usia atau tempat. Kebiasaannya kita mendengar berita kemalangan berlaku di tempat-tempat yang berbahaya seperti jalan raya mahupun tapak pembinaan. Ada juga kemalangan yang berlaku atas kecuaian orang lain dan di tempat yang langsung tidak disangka-sangka.



Inilah yang berlaku kepada seorang remaja yang telah ditimpa kemalangan di kawasan pangsapuri kediaman Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, lapor Berita Harian. Remaja lelaki berusia 15 tahun itu dikatakan maut ditimpa sebuah kerusi yang dipercayai dicampak dari balkoni tingkat atas.

K4 2
sumber: berita harian

Dalam kejadian jam 8:30 malam tadi itu, remaja lelaki dikenali sebagai S Sathiawaran difahamkan sedang berjalan bersama ibunya S Kasthurivai untuk pulang ke rumah mereka yang bertempat di tingkat 16 blok terbabit.

Dua beranak itu dikatakan sebelum itu telah pergi mengunjungi sebuah kedai runcit yang terletak di bawah PPR tersebut. Sebaik sahaja menghampiri ruang tertutup berhampiran tangga, sebuah kerusi pejabat berwarna biru dikatakan melayang dari atas dan tepat mengenai kepala mangsa.

“Akibat hentaman kerusi itu mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata seorang sumber.

K3 2
sumber: berita harian

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibunya bernasib baik kerana tidak terkena kerusi itu,” kata Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner, Ruslan Khalid.

Sewaktu kejadian, ibu saudara pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya itu mendakwa bahawa dia menyaksikan sendiri kejadian berlaku di depan matanya, lapor Astro Awani.

K1 3
sumber: berita harian

“Anak adik saya meninggal dunia hari ini kerana ada orang baling kerusi kena kepala dia. Saya sendiri nampak keadaan itu. Saya tak nak perkara ni terjadi kepada sesiapa lagi, orang muda atau dewasa,” kata Citra, seorang ahli keluarga mangsa.

“Pihak PPR, tolong ambil tindakan hal ini!” tambahnya lagi.

Difahamkan, pihak polis masih belum dapat mengenal pasti suspek yang membaling kerusi dari tingkat atas tersebut dan siasatan kini diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai.

K2 2
sumber: berita harian

Seelok-eloknya janganlah baling barang dari balkoni terutamanya jika tinggal di tingkat yang lebih tinggi. Tak pasal-pasal ada orang meninggal kerana kecuaian diri kita. 

Baca: Lelaki Psiko Tidak Boleh Terima Kenyataan Ditinggalkan, Hentak Kepala Teman Wanita Dengan Bata

Capture1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.