in

Pemilik Restoran Sate Terkenal di Muar Meninggal Dunia, Sempat Luah Hasrat Ingin Sediakan Sarapan Buat Tan Sri Dr Noor Hisham

Kak Yati Noor Hisham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang tinggal di Muar, kebanyakan dari korang mesti tahu restoran sate terkenal kat sana yang bernama R&H Sate Cafe Taman Sri Temenggong ni kan.


Ownernya, Hariyati Pungot atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Yati ni sangat mesra dengan pelanggan dan antara mereka yang pernah datang ke kedainya ialah Tengku Temenggong Johor, YAM Tunku Idris dan bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.

Namun hari ini, kita dikejutkan dengan kematian Kak Yati semalam dan hal ini telah dikongsikan oleh Dr Maszlee sendiri di laman Facebooknya. 

Kak Yati dalam kenangan. Semoga damai Kak Yati di sana dan dilimpahi rahmah serta maghfirah.Kesedihan bertambah bila…

Posted by Dr Maszlee Malik on Khamis, 20 Ogos 2020

 

Simpan hasrat untuk sediakan ‘breakfast Muo’ kepada Tan Sri Dr Noor Hisham 

Apa yang lebih menyedihkan, dalam postingnya semalam, arwah sempat menyatakan hasrat untuk menyediakan breakfast gaya Muar kepada Tan Sri Dr Noor Hisham yang baru saja diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini. Allah sedihnya… 

Tahniah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat…

Posted by Hariyati Pungot on Khamis, 20 Ogos 2020

 

“Muar will never be the same” – Tunku Idris 

Kematian arwah Hariyati juga mendapat perhatian Tunku Idris sendiri apabila beliau memuat naik posting sedih di Instagram akan pemergian pemilik restoran sate terkenal di daerah Muar tersebut. 

Menurut baginda, restoran Hariyati selalu menjadi tempat yang dikunjungi baginda sekeluarga jikalau mereka turun ke Muar. Malah mereka juga sempat menyambut birthday arwah bersama tak lama dulu.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Hariyati Pungot. Semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini. 

Baca: “Sebagai pakar bedah saya mungkin selamatkan 1 nyawa tapi dalam pentadbiran kita boleh selamatkan satu negara” – TS Dr Noor Hisham

Tan Sri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.