in

“Apa yg dia buat ni tak betul” – Kecoh Pasal Tak Puas Hati Dengan DG Hisham, Lana Nodin Buka Mulut…

Ft Lana Nodin Buka Mulut Pasal Sound Dg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam hangat diperkatakan tentang instastory pelakon Lana Nodin membabitkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Lana teruk dikecam netizen kerana tindakannya yang menggesa Dr Noor Hisham meletak jawatan  dan dia juga turut mengaitkan kewibawaan beliau dan pasukannya dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia.



Tampil menjelaskan tindakannya yang dilihat seperti tidak berpuas hati dengan Dr Noor Hisham itu, Lana berkata apa yang dilakukan beliau tidak telus.

Salah ke saya bersuara? Saya pun tak kenal dia, tapi maaf cakap…apa yang dia buat ini tak betul kerana dia tak telus.”

Kalau dia telus tak jadi macam ni. Sudah berapa lama kita duduk rumah tapi kes makin meningkat. Ada benda yang tak kena? Kes dari mana ni? Entah-entah orang selsema biasa pun dikatakan Covid-19.”

Lana1

 

“Mungkin frontliner nak beritahu kita sesuatu” 

Selain memuat naik gambar dan menyelar tindakan Dr Noor Hisham yang dilihat tidak memakai pelitup muka ketika berada di salah satu ruang di pejabatnya, Lana turut mengaitkan video viral baru-baru ini.

Melalui video tersebut, ada individu dilihat tidak memakai PPE yang lengkap ketika menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

Image From Ios 17

Saya pertikaikan pematuhan SOP dalam kalangan petugas KKM sendiri. Kita diberitahu kalau seseorang itu meninggal sebab Covid-19, jenazah tidak boleh diuruskan oleh ahli keluarga sebab bahaya, sampai mayat perlu dibalut.”

Tapi tengoklah video yang saya kongsikan itu, ada individu dilihat tak pakai PPE. Video itu frontliner juga yang rakam, mungkin dia nak beritahu kita sesuatu…nak tunjukkan SOP di hospital.”

Saya tak cakap pun Covid-19 is not real tapi untuk menakut-nakutkan orang itu tidak baik.”

Image From Ios 13

DG selalu cakap pasal sistem, jaga SOP semua tu…tapi dia pun tidak ikut SOP. Pejabat itu bukan rumah dia, jadi salah ke statement saya tu?”

Saya marah…kalau DG, kita duduk rumah (selama) ini lockdown, tapi kenapa kes makin tinggi? Sebelum ini pernah ke saya melalak yang bukan-bukan, saya bukan jenis attention seeker, apa yang saya cakapkan itu benar.”

Lana yang dihentam teruk disebabkan isu ini turut diperli netizen yang memberikan kata-kata sinis dan menggesa agar dia pulang ke negara kelahiran suaminya, David Mckienzie di Amerika Syarikat.

Baca: Muat Naik Story ‘Sound’ TS Noor Hisham, Netizen Pelik Tengok IG Story Lana Nodin?

Lana8

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.