in

“Sebagai pakar bedah saya mungkin selamatkan 1 nyawa tapi dalam pentadbiran kita boleh selamatkan satu negara.”-TS Dr Noor Hisham

Featu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Tan Sri Dr Noor Hisham, 57 tahun diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1442H/2020M pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara.


Namun yang menariknya adalah kata-kata beliau ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Sebagai seorang pakar bedah, saya mungkin boleh menyelamatkan satu nyawa pada satu masa.

“Tapi dalam pentadbiran iaitu kesihatan awam kalau perancangan betul, kita boleh menyelamatkan satu negara.”

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata yang penting adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bekerja sebagai satu pasukan untuk negara, lapor Harian Metro.

1 12 4

Berasa terharu dan teruja menerima anugerah berkenaan, beliau berkata anugerah itu mewakili KKM dan kakitangan yang bekerja di sebalik tabir dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

Menurutnya tanggungjawab untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 adalah melibatkan semua pihak terutama masyarakat.

Justeru beliau menyeru rakyat untuk bersama-sama membantu negara dan inshaallah kita mampu melawan Covid-19.

 

Tahniah Tan Sri!

Baca : Kini bergelar Tan Sri! Jaga Malaysia Dalam Perang; Covid-19, Dr Noor Hisham Terima Pingat Panglima Setia Mahkota

Baca 18

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.