in

Kes Harian Covid-19 Dijangka Turun Bawah 1,000 Awal Disember Ini – Dr Noor Hisham

Kes Harian Covid19 Menurun Awal Disember

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes harian jangkitan Covid-19 di Malaysia dijangka boleh menurun sehingga di bawah 1,000 kes pada awal Disember akan datang. Menurut Berita Harian, perkara itu dimuat naik oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berdasarkan Model Pemerhatian dan Jangkaan Kes Harian COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM).


Bagaimanapun, angka itu hanya akan dapat dicapai jika sekiranya imuniti kelompok berjaya dicapai menjelang 31 Oktober depan.

Pesakit Covid Sedang Dirawat

Model tersebut meramalkan jumlah kes COvid-19 turun di bawah 1,000 sehari jika 80 peratus populasi negara sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19 pada hujung bulan depan, dengan anggaran purata keberkesanan vaksin sekitar 70 peratus.

Namun, jika tempoh untuk vaksinasi lengkap mencecah 80 peratus populasi berlanjutan sehingga 31 Disember depan, jumlah kes harian diramalkan hanya dapat turun sekitar 3,000 kes menjelang hujung tahun.

Berdasarkan  kapasiti suntikan semasa yang berlegar sekitar 200,000 dos sehari kini, KKM menerusi portal COVIDNOW menjangkakan 80 peratus atau lebih 26.1 juta populasi negara akan lengkap divaksin menjelang 12 Disember depan.

Proses Vaksinasi Di Ppv

Untuk rekod, jumlah kes harian bagi tempoh tujuh hari menunjukkan trend penurunan sejak hujung Ogos, selaras dengan peningkatan kadar vaksinasi terutamanya di negeri yang mempunyai penduduk ramai.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian adalah 0.98 setakat semalam, sekali gus kekal di bawah 1.0 untuk 16 hari berturut-turut sejak 1 September.

Baca: “Dua pertiga kes baru belum divaksin atau belum lengkap vaksinasi” – Dr Noor Hisham

Ft Dua Pertiga Kes Baru Belum Vaksin Tak Lengkap Proses

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.