in

“Dua pertiga kes baru belum divaksin atau belum lengkap vaksinasi” – Dr Noor Hisham

Ft Dua Pertiga Kes Baru Belum Vaksin Tak Lengkap Proses

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataannya berkata sebanyak 66.3 peratus atau 13,519 kes daripada jumlah keseluruh kes baru dilaporkan semalam, didapati tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksin Covid-19.


Menurut Bernama, 20,396 direkodkan semalam dan kata beliau, individu tidak lengkap vaksin itu terdiri daripada mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos vaksin tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua.

Sebanyak 6,877 kes atau 33.7 peratus pula mempunyai sejarah vaksinasi lengkap dengan 6,795 daripadanya berada pada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua bergejala ringan.”

Makcik Swab Test

Dg Ketika Pc

Katanya lagi, situasi itu jelas menunjukkan bahawa mereka yang sudah lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

Daripada 322 kes kategori 3 hingga kategori 5, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap di vaksinasi.”

Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi. Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin COVID-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti Covid-19.”

 

Sementara itu, beliau mengingatkan orang lain termasuklah mereka yang telah menerima vaksin Covid-19 untuk sentiasa mematuhi saranan KKM serta nasihat kesihatan yang ditekankan iaitu:

  • Elakkan 3S (elak kawasan sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat)
  • Amalkan 3W (Wash, Wear dan Warn)
  • Sentiasa pakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian double mask adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.”

Baca: Lebih Separuh Populasi Malaysia Akan Lengkap Vaksinasi Menjelang Hari Merdeka – Dr Hisham

Collage 46

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.