Pemandu Grab Dapat ‘Pick-up Point’ Di Tanah Kubur Jam 3 Pagi Tetapi Rupa-Rupanya..

Tambah ke Sumber Pilihan
Pemandu Grab Dapat ‘Pick-up Point’ Di Tanah Kubur Jam 3 Pagi Tetapi Rupa-Rupanya..

Gambar bahagian kanan di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.

Orang zaman sekarang kelihatan lebih gemar menggunakan perkhidmatan Grab atau Uber berbanding teksi.


Sesiapa saja tidak kira usia boleh menggunakan aplikasi tersebut dengan mudah. Namun, baru-baru ini sebuah kes dilaporkan berlaku di Singapura mendakwa bukan manusia yang mahu menjadi penumpang perkhidmatan itu. Benda lain pun nak naik sekali!

5 4 E1499239688766
Gambar hiasan

Seorang pengguna Facebook bernama Joey Ong telah berkongsi detik cemas apabila teman lelakinya yang juga seorang pemandu Grab telah ke Tanah Perkuburan Pusara Abadi untuk mengambil seorang penumpang bernama Boy Fahmi.

6 3
Sumber : Facebook

Teman lelakinya dikatakan terus memandu menuju ke kawasan perkuburan tersebut meskipun jam telah menghampiri 3 pagi.

Tibanya di lokasi, dia mencari penumpang tersebut di kawasan itu namun tiada langsung kelibat manusia kelihatan. Dia kemudian terus menghubungi penumpang tersebut untuk memberitahu keberadaannya di lokasi yang ditetapkan.

7 3
Sumber : Facebook

Namun, penumpang tersebut dengan selamba membalas,

“Saya sudah ada di dalam kereta. Di belakang awak. Awak nampak saya?”

Bagi seseorang yang penakut, mesej seperti itu sudah semestinya membuatkan mereka kecut perut. Namun tidak bagi pemandu Grab berkenaan yang kemudian membalas dengan tenang.

Mujurlah dia terus menyedari bahawa semua itu sebenarnya hanyalah ‘prank’ yang dirancang oleh ‘Boy Fahmi’ itu, jadi dia dengan tenangnya memberi respon yang pendek dan ringkas untuk memerli semula penumpang tersebut.

8 2
Sumber : Facebook

Disebabkan penumpang misteri itu telah memilih bayaran secara tunai bagi perjalanan tersebut, pemandu berkenaan tidak mendapat sebarang pulangan wang dari insiden tersebut.

Tetapi dia dikatakan tetap mendapat insentif dari pihak Grab meskipun penumpangnya tidak membayar apa-apa kerana mereka memberi insentif kepada pemandu mengikut quota perjalanan. Takdelah pulang tangan kosong!

Eh, ingat kelakar ke bergurau macam tu!

Baca : Pemandu Uber Kongsi Pengalaman Seram Ambil ‘Penumpang’ Di Kubur Mount Erskine, Pulau Pinang

3 2 E1499239502588

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syahirah Izzati
Lagi tulisan Syahirah
Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pemandu Grab Dapat ‘Pick-up Point’ Di Tanah Kubur Jam 3 Pagi Tetapi Rupa-Rupanya..
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pemandu-grab-dapat-pick-point-di-tanah-kubur-jam-3-pagi-tetapi-rupa-rupanya/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM