in

Pemandu Uber Kongsi Pengalaman Seram Ambil ‘Penumpang’ Di Kubur Mount Erskine, Pulau Pinang

Mount Erskine

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu selalu kita dengar pemandu teksi menceritakan pengalaman mistik semasa mengambil penumpang pada waktu malam, kini pemandu Uber juga mengalami pengalaman yang sama. Kecanggihan teknologi bukanlah batas bagi seseorang untuk tidak diganggu perkara mistik. Hantu-hantu sekarang dah maju oi!


Melalui perkongsian Penang Kini di laman Facebook, seorang pemandu Uber telah dihubungi untuk mengambil seorang pelanggan di Mount Erksine pada pukul 12 tengah malam, namun di sebuah lokasi yang tidak diketahui. Dengan berpandukan peta pada aplikasi Uber, pemandu tersebut menerima permintaan si pelanggan dan bergerak ke tempat yang ditandakan pada peta.

18595351 1938237009747108 2166326598045761301 O
gambar hiasan – sumber: facebook

Aku terus saja ikut arah yang peta tu bawa aku. Sampai-sampai aku tengok depan mata aku adalah kubur cina.”

Aku dah mula hairan tapi aku layan dulu mana tahu pelanggan tu baru lepas siram kubur mak dia, kan?” 

Dsc 0253
gambar hiasan – sumber: cari infonet

Yang lebih menarik, peta di aplikasi telefonnya juga menunjukkan dia sudah sampai di destinasi yang betul. Pun begitu, setelah lama menunggu di dalam gelap masih tiada sesiapa yang menghadirkan diri ke kenderaannya.

Oleh kerana curiga dengan apa yang berlaku, lelaki tersebut membuka bahagian info pelanggan di aplikasi Uber. Namun tiada apa yang tertera di situ cuma nama panggilan bertulis ‘JOI’ yang telah diterimanya dan membawa dia ke tempat tersebut.

Lepas tu tiba-tiba aplikasi Uber aku jadi offline. Aku tunggu lagi lima minit mana tahu dia pun baru nak turun dari kubur ke atau baru keluar rumah.” 

Tapi pelan-pelan aku rasa bau wangi macam ada sesuatu dalam kereta aku. Aku dah mula rasa lain dah ni.” 

Tapi nak sedapkan hati aku, aku layan saja cakap seorang diri, ‘Aku dah sampai sini siapa nak bayar trip aku ke sini ni, haa?”

Namun apabila pemandu tersebut menekan butang start trip semula tiba-tiba saja aplikasi tersebut mengatakan dia sudah sampai ke destinasi yang ingin dituju pelanggan misteri tersebut. Peta pula sudah menunjukkan tanda drop off  yang bermaksud pelanggan tersebut sudah sampai ke destinasinya.

Tapi yang jadi tanda tanya, dekat peta ini keluar alamatnya yang nak turun di ‘unknown’. Dan kalau kau fikir balik dan perhatikan peta, kau tengok jaraknya 0.01 km dari jarak tempat dia dengan destinasi unknown dia tu. Gila apa jarak macam tu kau nak naik Uber?”

18527697 1938237036413772 8200542455459950528 N
sumber: facebook
18622199 1938237059747103 853841952238683085 N
sumber: facebook

Disebabkan pemandu tersebut sudah merasa pelik, dia mengambil keputusan untuk keluar dari jalan tersebut dan singgah di stesen minyak yang lebih kurang 5 km jauhnya dari situ. Dia kemudian ke tandas seketika dengan harapan bau wangi yang semerbak di dalam keretanya itu akan hilang, namun ia masih tidak hilang-hilang juga.

Aku syak ada benda dari kubur tu ikut aku. Lepas tu, aku dah malas nak layan dan buang masa sebab sumpah seram sejuk dah masa tu. Aku beranikan juga cakap semasa aku nak masuk kereta.”

Aku nak balik dah ni. Hang turun jangan ikut aku, aku nak balik.” 

Dengan bacaan bismillah dan Ayatul Kursi, bau wangi tersebut hilang dalam jangka masa lima minit. Walaupun begitu, bagi pemandu Uber tersebut ia merupakan sebuah pengalaman yang buruk sepanjang dia menjadi pemandu Uber selama setahun ini.

Tapi itu bukan melemahkan semangat aku untuk tetap menjadi pemandu Uber untuk cari rezeki. Dia pun makhluk macam kita, buat apa nak takutkan. Ingat Allah ada saja.” 

“Cuma aku nak pesan dekat kau orang dan juga diri aku selepas ni, kalau tengah malam peta dah bawa masuk jalan gelap pedalaman pelik, baik kau u-turn je la. Takut ‘benda tu’ atau orang nak rompak ke apa,” tambahnya lagi. Ada betul cakap dia tu…

Dsc 0129
gambar hiasan – sumber: cari infonet

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komentar dari pengguna Facebook yang kebanyakannya mengakui pernah berkongsi pengalaman yang sama dan tidak kurang juga yang percaya bahawa perkara mistik itu boleh berlaku dalam apa keadaan sekalipun. Meskipun dengan menggunakan teknologi moden masa kini. Korang ingat hantu sekarang kuno sangat ke? Hehe!

Hantu sekarang dah up dah. Tak mahu terbang-terbang. Sekarang naik uber pulak.”

Berhati-hatilah. Sebulan lepas ada tiga orang terlibat dalam kemalangan ngeri di jalan itu. Jadi lebih baik elak ambil jalan itu pada waktu malam.”

Walau apapun, pemandu Uber berhati-hati. Kalau bukan benda itu yang nak menumpang, takut-takut pula perompak yang datang menyerang. Elak mengambil penumpang di jalan yang gelap.

Baca: Wanita Kongsi Cerita Tindakan yang Diambil Ketika Lalui Pengalaman Menakutkan Menaiki Uber

Uber1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.