“Aku tak salahhhhh!” – Pelajar Bengang Pengawas Universiti Awam Tuduh Meniru, Tak Pasal-Pasal Kena Gantung & Retake Exam

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Peperiksaan akhir atau final exam adalah perkara paling penting bagi seorang pelajar universiti sebelum tamatnya satu semester. Selepas berhempas pulas belajar dan buat macam-macam assignment, tak adillah kalau korang gagal dalam final exam pulak kan.

Macam manapun, harapan seorang belajar untuk lulus final exam di sebuah universiti awam berkecai baru-baru ni apabila dia tiba-tiba ditangkap atas tuduhan meniru. 

 

“Hm kawan aku tengah depress gila weh. Kesian dia tak buat, tapi kena hukum” 

Menerusi tweet rakan mangsa yang viral, kawannya itu dikatakan telah dituduh pengawas universiti awam meniru dengan menyimpan formula di dalam kalkulator saintifik. 

Akibat daripada kejadian ini, rakan mangsa terus jadi tertekan kerana tuduhan yang diajukan pengawas tu pun katanya tak valid dan tiada bukti kukuh yang membuktikan dia meniru.

Sumber: Twitter

 

“Aku taknaklah kena gantung. Aku tak salahhhh si*l lahhh” 

Lebih menyedihkan, mangsa beritahu yang dia bakal digantung dan kemungkinan besar tak dapat join lagi kawan-kawannya di semester hadapan.

Kesan daripada perkara ni, mangsa dah terfikir sampai nak bunuh diri dah. Dia memang mengaku tak buat perkara yang dituduh pengawas peperiksaan.

 

Sumber: Twitter

 

“Kalau tak salah jangan takut, lawan sampai habis” 

Rata-rata netizen tak berpuas hati langsung dengan malang yang menimpa pelajar ini. Kebanyakannya suruh pelajar tu fight back dan gunakan saluran yang betul dalam membuat rayuan.

Berani kerana benar, takut kerana salah! 

Sumber: Twitter

Apa-apapun min harap kes ini mendapat perhatian pihak tertinggi di universiti tersebut dan pelajar teraniaya ini dapat pembelaan sewajarnya. Jangan stress ye dik. InsyaAllah pasti ada jalan keluar dari masalah ni. 

Baca: Pelajar Universiti Tulis Nota Atas Kaki Untuk Meniru Semasa Peperiksaan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!