in

Pakai Selipar Ada Bluetooth, Calon Peperiksaan Di India Kantoi Meniru Ketika Ujian Kelayakan Guru

F2 Selipar Bluetooth E1646537129284

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu tips jika anda mahu lulus peperiksaan dengan cemerlang ialah kena sentiasa usaha dan belajar. Kalau buku pun hanya dibelek sebelum masuk dewan exam, memang takde harapan lah nak dapat A kecuali korang memang jenis genius. 


Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda tentang sekumpulan calon peperiksaan yang guna taktik pakai selipar dilengkapi Bluetooth semata-mata untuk meniru dalam ujian kelayakan untuk menjadi guru, lapor South China Morning Post.

Selipar Bluetooth 1

Calon-calon exam di India telah ditahan gara-gara menggunakan taktik tersebut. Untuk makluman semua, kegiatan meniru ketika exam di negara itu dah lama jadi masalah sehinggakan kerajaan akan tutup internet sepanjang peperiksaan berlangsung sebab nak elak soalan bocor.

Selipar Bluetooth 2

Difahamkan, alat bluetooth tu akan membantu alat penerima kecil yang dipakai pada telinga mereka untuk menerima panggilan. Jadi, dengan cara ni dorang akan dapat jawapan untuk setiap soalan. 

Kesemua mereka yang terlibat ditahan sebab kelakuan mereka dilihat aneh sebelum masuk ke dalam dewan. Setelah buat spot check, pihak berkuasa jumpa alat kecil tu dalam selipar mereka.

Have you ever purchase a pair of flip flops for yourself. If so, then what was the cost? You must be wondering that why…

Posted by Bluetoothchannel.com on Tuesday, September 28, 2021

Pihak polis pun tak sangka mereka akan guna cara macam ni untuk meniru sebab selalunya calon exam akan menipu dengan cara guna internet atau soalan yang bocor.

Selipar-selipar tersebut pula dikatakan telah dijual oleh sebuah geng dengan harga 600 ribu rupees setiap pasang (RM33,879).

Sumber: South China Morning Post, Oddity Central

Baca: “Siap guna drone”- Ini 7 Cara ‘Extreme’ Yang Digunakan Cikgu Untuk Elak Pelajar Meniru Ketika Ujian 

Selipar Bluetooth

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.