Nilai murni adalah satu perkara yang telah diajarkan kepada kita sejak di bangku sekolah lagi. Jadinya, kita kenalah aplikasikan perkara tersebut untuk digunakan dalam kehidupan.
Seperti kisah yang terjadi ini, seorang anggota polis menerapkan nilai tersebut ketika menjalankan tugasnya.
Datang bertongkat
Anggota polis itu yang bernama, Faizul Azizi Che Mansor mendapat penghargaan daripada Adun Subang Jaya, Michelle Ng selepas tular videonya membantu lelaki warga emas yang datang ke Balai Polis USJ 8 untuk membuat report ahad lepas.
https://www.facebook.com/POLIS-DAERAH-SUBANG-JAYA-266444190127909/photos/pcb.3553151748123787/3553151474790481
Memetik posting dari Facebook SJ Echo, anggota berpangkat Koperal itu berkata, memang dah jadi tanggungjawab anggota polis untuk tolong insan memerlukan apatah lagi dalam keadaan ketika itu hujan lebat.
Dia yang difahamkan ketika itu sedang bertugas di kaunter bersebelahan pintu masuk untuk memproses surat kebenaran rentas negeri orang awam,ternampak kelibat warga emas yang bertongkat.
https://www.facebook.com/SJEcho/posts/10158201863477817
Bagi baju ganti
Dia kemudiannya meminjam payung orang awam lalu terus mengiringi warga emas itu. Masa tu dah hujan lebat, jadinya baju warga emas ini pula basah. Faizul juga turut memberi pakaian untuk warga emas itu ganti.
Dah selesai buat laporan berkenaan kemalangan dialaminya tempoh hari, Faizul sekali lagi membantu mengiringi lelaki itu sekali lagi.
https://www.facebook.com/266444190127909/videos/734599793904837/
Respect dekat frontliner kita!
Baca : Inspektor Polis Ditahan, Disyaki Jual Semula Dadah Yang Dirampas Kepada Sindiket