Inspektor Polis Ditahan, Disyaki Jual Semula Dadah Yang Dirampas Kepada Sindiket

Tambah ke Sumber Pilihan
Inspektor Polis Ditahan, Disyaki Jual Semula Dadah Yang Dirampas Kepada Sindiket

Sumber: Gambar hiasan

Seorang pegawai kanan polis ditahan selepas disyaki bersekongkol dengan sindiket dadah dengan menjual semula rampasan dadah dibuat oleh polis.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pegawai polis berpangkat Inspekstor itu berusia 31 tahun dan telah ditahan jam 7 malam pada Selasa lalu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor ketika hadir bagi memberi keterangan.


Siasatan lanjut mendedahkan suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) itu menjual semula rampasan dadah yang dirampas polis kepada sindiket dadah bagi tujuan peribadi.”

Dalam kes ini, polis menyita sebuah kereta Perodua Alza dan wang tunai RM1,200. Suspek ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya Langkah Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, dengan suspek akan ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) selama dua tahun dan perintah sekatan.”

Rampasan dadah yang dijual semula kepada sindiket terbabit dipercayai adalah untuk pasaran negara jiran, lapor Harian Metro. Bagaimanapun, Datuk Ayob berkata nilai sebenar dadah yang dijual semula itu masih dalam siasatan pihak polis.

Baca: “Hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri” – Ketua Polis Negara Dakwa Ada ‘Orang Dalam’ PDRM Sendiri Cuba Nak Jatuhkannya

Hamid 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Inspektor Polis Ditahan, Disyaki Jual Semula Dadah Yang Dirampas Kepada Sindiket
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/inspektor-polis-ditahan-disyaki-jual-semula-dadah-yang-dirampas-kepada-sindiket/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM