in ,

“Patutnya buat awal-awal lagi” – Rakyat Malaysia Yang Baru Pulang Dari Luar Negara Wajib Kuarantin Di ‘Pusat Khas’ Mulai Hari Ini

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Menurut Menteri Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermula hari ini, semua warga asing dan rakyat Malaysia yang baru pulang ke negara ini diwajibkan untuk mengasingkan diri mereka di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan, lapor Harian Metro.

Mana-mana antara mereka yang memasuki Malaysia di semua pintu sempadan seperti Sabah, Sarawak, Johor Bharu dan utara Semenanjung diwajibkan untuk mengikuti arahan tersebut.

Golongan yang terbabit akan terus dibawa dengan bas ke pusat kuarantin yang ditetapkan sebaik tiba di pintu sempadan.

Jangan risau, proses ini akan dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selama 14 hari tempoh tersebut, semua kebajikan mereka yang terlibat seperti makan dan minum akan dijaga dengan baik. Bagus betul cara kerajaan kawal wabak ni kan. 

Namun, ada netizen yang mempersoalkan sepatutnya tindakan ini perlu dibuat dari dulu sebelum virus merebak.

Takpelah, better late than never kan. 

 

Baca: MAEPS Serdang Bakal Dijadikan Pusat Kuarantin Dengan 500 Katil, Persediaan Gelombang Ketiga

Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: