in

MAEPS Serdang Bakal Dijadikan Pusat Kuarantin Dengan 500 Katil, Persediaan Gelombang Ketiga?

Cats 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini genap hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan dan keadaan dilihat semakin kritikal di Malaysia apabila kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat pada saban hari.



Sehingga ke hari ini, direkodkan sudah 2161 kes jangkitan dan 26 kematian dilaporkan, meletakkan Malaysia di tangga pertama di Asia Tenggara dalam kes jangkitan Covid-19.

Terbaru, tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan situasi di MAEPS, Serdang yang dikatakan akan dijadikan sebagai pusat kuarantin untuk kes Covid-19.

Menurut sumber, hampir 500 katil akan dimuatkan di dalam MAEPS untuk kegunaan rawatan kes Covid-19. Situasi ini menimbulkan persoalan kepada rakyat Malaysia, adakah ini sebagai langkah persiadaan untuk menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19 yang akan tiba pada bila-bila masa?

1 22

2 20

3 23

4 14

5 8

Semoga semuanya selamat buat negara Malaysia. Buat anda di luar sana, jalankan tugas anda sebagai rakyat Malaysia dengan hanya duduk di rumah. Kita boleh lakukannya!

Siapa sangka MAEPS, Serdang yang pernah menjadi lokasi untuk pesta buku Big Bad Wolf kini bakal dijadikan sebagai pusat kuarantin. Stay at home okay!

 

BACA: “Pakai Bra Pun Boleh” – Wanita Jepun Ini Kongsi Cara Buat Topeng Muka Dengan Hanya Tiga Langkah Mudah

Cats 26

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.