“Patutlah Indonesia kalah” – Wajah Serupa Dengan Goal Keeper Indonesia, Mark Adam Diusik Punca Malaysia Menang Bola Semalam!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Dua jaringan bola sepak daripada Safawi Rasid semalam telah cukup membuatkan hati rakyat Malaysia berbunga-bunga selepas pasukan Harimau Malaya berjaya membenamkan Indonesia 2-0 dalam perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. 

Dengan ini, pasukan kebangsaan naik satu anak tangga dengan berada di tempat kedua Kumpulan G bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023. Syukur alhamdulillah! Tahniah! 

Sumber: Okezone

Apa yang agak melucukan semalam, rata-rata netizen telah menyamakan penjaga gol Indonesia, M Ridho dengan seorang penyanyi terkenal dari Malaysia. Haa penuh timeline Twitter yang mengusik penyanyi ni! 

 

“Aku tengok goal keeper Indonesia ni macam Mark Adam ah” 

Tak tahu lah kalau netizen ni salah tengok ataupun dah teliti sebijik-sebijik muka M Ridho dengan penyanyi ni, tapi mereka confirm cakap yang wajah Mark Adam memang serupa dengan M Ridho lah di Twitter.

Sumber: Twitter

Sama ke wajah mereka gais?? Min tengok Mark lagi handsome! Ops! 

Sumber: mStar / Bola.net

 

“Iya betul itu saya…” – Mark Adam 

Mengiyakan usik-usik netizen, Mark dengan selamba di ruangan Instagramnya mengaku yang beliaulah goal keeper bagi Indonesia semalam. Sebab itulah Mark beri bola masuk gol dengan selambanya untuk Harimau Malaya. Haa pandai Mark melawak! 

Posting Mark mendapat respon netizen ramai yang bersetuju dan mengakui patutlah team Indonesia gagal dalam perlawanan bola sepak semalam. Semua ni gara-gara Mark lah ye! 

Sumber: Instagram

Apa-apapun min nak ucapkan tahniah buat pasukan kebangsaan semalam atas usaha mereka dalam memberikan yang terbaik buat penyokong dan negara. Buat jiran kita, Indonesia, jangan bersedih… teruskan berusaha!

Baca: “Dari hutan, ladang sampai ke stadium semua dia org nk bakar” – Penyokong Indonesia Baling Suar Lepas Kalah!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!