in

“Kalau tak ada yang diadili, pemerintah yang patut diadili” – Jefri Nichol Luah Rasa Bengang Pembakaran Hutan Makin Teruk

Ft Jefri Nichol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol tampil meluahkan rasa kecewanya menerusi Threads dengan mempersoalkan tindakan terhadap pihak yang didakwa bertanggungjawab dalam kes pembakaran hutan.

Dalam hantaran tersebut, Jefri turut mempersoalkan syarikat mana yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap penderitaan rakyat. Malah, Jefri mempersoalkan ke mana rakyat harus mengadu sekiranya pihak yang sepatutnya mengambil tindakan membiarkan perkara ini berlaku.


Artikel berkaitan : “Kak rilek” – Dibandingkan Dengan Jefri Nichol, Ini Respon Kelakar Ikmal Amry

Artikel berkaitan : Lepas Putus Dengan LMK, Jefri Nichol Didakwa Bercuti Dengan Jule Di Bali?

Dalam hantaran berkenaan ,Jefri turut memetik nama dua tokoh yang dikatakan sepatutnya bertanggungjawab dalam masalah ini. Mereka adalah Menteri Kehutanan, Raja Antoni dan Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia.

 

View on Threads

 

Dalam pada itu, Jefri juga meluahkan rasa kecewa apabila dia mendakwa hampir setiap hari ada sahaja mangsa yang terkesan akibat pembakaran ini dan Jefri menyifatkan keadaan tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berterusan dan menuntut supaya pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

Kalau tak ada yang diadili, pemerintah yang harus diadili,” katanya dalam hantaran tersebut.

Hantaran berkenaan jelas menunjukkan Jefri mahu isu pembakaran hutan diberi perhatian serius, terutama apabila ia melibatkan keselamatan dan kehidupan orang ramai.

Mereka semua manusia, bukan angka statistik kamu semua.”

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.