in

“Dari hutan, ladang sampai ke stadium semua dia org nk bakar”- Penyokong Indonesia Baling Suar Lepas Kalah!

New Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi menyaksikan kemenangan pasukan Malaysia 2-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Pastinya merupakan satu kebanggaan buat rakyat Malaysia yang kini menduduki tangga ke-2 di belakang Vietnam.

380E3F7F1D8Abcb1E32C9985829F10125Dd407F675C88
Sumber: bernama

Namun yang mencuri tumpuan pada malam tadi bukannya aksi hebat anak didik Tan Cheng Hoe mengawal permainan, atau pun jaringan pemain berbakat Safawi Rasid, sebaliknya penyokong pasukan lawan, Indonesia.

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia dicemari insiden kekecohan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebaik perlawanan tamat.

Kekecohan berlaku di hadapan Pintu Masuk E, memaksa Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan di kawasan tersebut.”

Dipercayai insiden tersebut rentetan daripada tindakan penyokong Indonesia yang bertindak membaling suar di dalam stadium ketika Malaysia berjaya jarikan gol pertama pada minit ke-29, lapor Awani.

Disebabkan kejadian tersebut, polis telah menahan 41 penyokong yang disyaki terlibat insiden kekecohan itu.

“27 penyokong Malaysia dan 14 penyokong Indonesia ditahan selepas tamat perlawanan, kesemua mereka ditahan untuk tujuan dokumentasi dan telah dibebaskan selepas selesai proses tersebut “- Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon

Ini reaksi netizen berhubung insiden terbabit.

4 6

2 11

3 6
Sumber: facebook

 

Baca : Game sentiasa padu! Engko power wei!  Bawa Kejayaan Malaysia Kalahkan Thailand 2-1, Brendan Gan Dipuji Netizen

Brendan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.