in

“Patut semua negara buat macam ni” – Lelaki Pedo Pertama Kena Hukum Buang ‘Anu’ Sebab Rogol 9 Budak?

Collage 48

Kalau korang nak tahu, pada tahun 2016, hukuman mati dan chemical castration secara rasminya diluluskan sebagai hukuman untuk orang yang mencabul kanak-kanak di Indonesia.

Menurut BBC, Presiden Joko Widodo telah menandatangani perjanjian ini dan pada tahun yang sama ia dimasukkan dalam undang-undang negara. Tujuan hukuman ini diluluskan adalah untuk mencegah pedofil dari melakukan perlakuan kejam seperti gang rape dan pembunuhan remaja perempuan.

Tiga tahun selepas hukuman ini diluluskan, seorang pedofil telah dijatuhkan hukuman chemical castration selepas dia didapati bersalah merogol enam kanak-kanak.

Lelaki ini, Muh Aris bin Syukur yang berasal dari Mojokerto, Jawa Timur ini disabitkan kesalahan merogol enam kanak-kanak bermula dari tahun 2015 hingga 2018 berdekatan tempat tinggalnya.

Pelaku Kejahatan Seksual Muh Aris 20
Sumber: tribun

Aris telah ditangkap pada Oktober 2018 apabila rakaman CCTV berjaya merakam kelakuan ganasnya pada mangsa terakhir.

CCN Indonesia melaporkan yang pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Mojokerto bertegas dengan keputusan mereka untuk menghukum Aris dengan 12 tahun penjara dan menyuruh dia untuk membayar denda 100 juta rupiah (RM29, 496) atas kesalahannya memaksa kanak-kanak untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Pada awalnya, pihak pendakwaraya mahukan Aris dikenakan hukuman penjara selama 17 tahun namun Mahkamah Daerah membuat keputusan untuk memberikan hukuman tambahan kepada pelaku ini.

“Kami berikan hukuman tambahan kebiri kimia kepada pesalah.”

Ini membuatkan Aris menjadi orang pertama untuk menerima hukuman chemical castration  di negara tersebut. Bagaimanapun, lelaki ini masih perlu menunggu hukuman tersebut untuk dijalankan memandangkan dia merupakan kes pertama.

Pejabat Pendawa Raya Mojokerto berkata, pihaknya kini sedang mencari pegawai perubatan sesuai yang boleh menjalankan prosedur ini.

Pedo Convicted Of Violently Raping 9 Young Girls Sentenced To Chemical Castration World Of Buzz 2
Gambar hiasan

Sebelum ini, Persatuan Doktor Indonesia telah menyatakan ketidakpersetujuan mereka dengan kaedah ini kerana merasakan yang hukuman ini melanggar etika perubatan dan mereka tak nak menjalankan hukuman ini.

Manakala beberapa penunjuk perasaan di Indonesia merasakan yang prosedur ini terlalu mahal dan sebaiknya duit tersebut diberikan kepada mangsa untuk menjalani rawatan.

Sebelum itu, admin nak jelaskan, maksud castration adalah pembuangan alat sulit lelaki atau haiwan. Tapi korang jangan salah faham, chemical castration tak melibatkan apa-apa pembuangan organ, ia adalah dadah yang dimasukkan ke dalam badan bagi mengurangkan libido atau aktiviti seksual seseorang.

So, apa pendapat korang? Patut tak dekat Malaysia ada hukuman ni?

 

Baca: “Masuk lokap tak bermakna berubah” – Ditangkap Kerana Kes Pedo di London, Netizen Bertelagah Lelaki Ni Patut Dapat Second Chance Atau…

Screenshot 2019 08 27 At 11.45.32 Am