in

“Masuk lokap tak bermakna berubah” – Ditangkap Kerana Kes Pedo di London, Netizen Bertelagah Lelaki Ni Patut Dapat Second Chance Atau…

Bangippl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 2015, pelajar pintar Matematik Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, telah menggemparkan negara apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak oleh Mahkamah Southwark Crown di London. 


Kes ini mendapat perhatian serius di Malaysia dan Fitri katanya akan dihantar pulang ke Malaysia setelah selesai hukuman penjara, lapor Astro AWANI.

sumber: astro awani

 

“Hati-hati warga Bangi, mamat pedophile yang kena tangkap di London tapi dibawa balik sebab ‘genius’ tu ada di UKM nun” 

Tup-tup tak ada angin tak ada ribut, kisah mengenai Fitri tiba-tiba muncul semula diperkatakan apabila ada seorang netizen memuat naik ‘hint’ di Twitter mengenai keberadaan Fitri sekarang yang katanya kini di Malaysia.

Menerusi risikan netizen, Fitri katanya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Matematik di peringkat masters di UKM. Pun begitu, netizen nampaknya seakan-akan kurang suka dengan perkembangan terbaru mengenai Fitri.

Hato 1

Found 1

Eceau Huiai 3S4
sumber: twitter

 

“Remember this face. Remember his name. Kalau ko rasa manusia macam ni deserve chances then kau pun sama manusia jahanam” 

Disebabkan munculnya tweet ‘hint’ tersebut, netizen di Twitter mula bertelegah sama Fitri ini patut diberi peluang kedua untuk berubah atau tak. Ada di kalangan netizen berpendapat, jenayah seperti pedofilia ni satu jenayah berat. Tak mudah untuk seorang tu boleh berubah macam tu je. 

Lagi pula, bagi mereka yang ada anak-anak, pastinya mereka berasa bimbang jikalau Fitri membuat perkara yang sama seperti apa yang dilakukannya semasa di London dulu. Alahai… 

2Nd Chance No
sumber: twitter

 

“Semua orang buat silap, cuma yang membezakan kita ialah keinsafan…” 

Dalam ramai-ramai orang mencaci hamun Fitri, ada juga sebilangan netizen dan sahabatnya yang mempertahankan lelaki terbabit. Menurut mereka, Fitri patut diberikan peluang kedua dan tak mustahil juga kalau dia sudah berubah.

Peluang Ke Dua

Echo7Ghueaawzxg

sumber: twitter

Selepas baca semua ni, korang rasa macam mana? Bagi min, memang setiap orang berhak dapat peluang kedua untuk berubah tapi pada masa yang sama kita juga kenalah berhati-hati kerana pedofilia ni kes yang berat. Takut pisang berbuah dua kali. Macam mana pun, harap-harap Fitri sudah berubah lah dari jenayah yang lepas.

Sama-samalah kita doakan. 

Baca: “Jijik! Budak kecik pun dia ganggu” – Pemangsa Pedofilia Semakin Berani ‘Beraksi’ Depan Public

Jijik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.