in

“Patut kena penjara dia ni” – Warga Emas Didenda RM 400 Sebab Meludah Di Dalam Lif

Combine Emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mesti utamakan kebersihan lagi-lagi sekarang kes wabak Covid-19 semakin meningkat. Orang ramai perlu peka terhadap persekitaran sekeliling sama ada bersih atau pun tak. Elakkan daripada pergi ke tempat yang berpotensi mendapat penyakit.


Namun, ada segelintir orang yang langsung tak ambil kisah tentang isu ini sama ada soal kebersihan diri mahupun tempat.

Berlaku satu kejadian di Balik Pulau dimana seorang warga emas, Ang Hock Beng, 63 telah melakukan tindakan yang tidak sewajarnya dengan meludah di butang nombor lif bomba di Flat Idaman Melur, Bayan Lepas pada 15 Mac jam 11.45 pagi, lapor Bernama.

Emas

Perbuatannya itu dirakam melalui cctv dan laporan polis telah dibuat oleh orang awam.

Akibat daripada perbuatannya itu, dia didenda RM 400 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas tindakannya yang tidak bertanggungjawab itu.

Pesalah akan dipenjara sebulan jika gagal untuk membayar denda tesebut.

Tindakan lelaki tersebut mengundang kerisauan dan boleh memudaratkan orang lain berikutan sekarang negara dilanda wabak Covid-19.

Pada awalnya, Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal namun hukuman itu minta dikurangkan oleh Peguam S. Bommy daripada  Yayasan Bantuan Guaman Malaysia kerana pesalah menyesal akan perbuatannya itu.

Netizen juga turut bengang dengan tindakan lelaki itu dan mengenakan denda sebanyak RM 400 itu terlalu sikit.

Fbb

Fbb2 1

Kalau boleh janganlah buat tindakan yang tak bertanggungjawab sampai menimbulkan kerisauan kepada orang sekeliling. 

Baca : “Macam kena rasuk” – Video Wanita Terpekik Terlolong & Meludah Bila Kereta Kena Tow Di Sungai Buloh

Ludah

 

 

Sumber: Bernama
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.