in

“Macam kena rasuk” – Video Wanita Terpekik Terlolong & Meludah Bila Kereta Kena Tow Di Sungai Buloh

Tow10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peraturan dah ditetapkan, kalau korang tak nak bazirkan RM 300, baik korang jangan buat kesalahan ni walaupun kecil je. Jangan frust pula bila dah kena nanti.


Satu kejadian kini tengah jadi perhatian netizen di Twitter sekarang apabila video seorang wanita berbaju kurung mengamuk sebab kereta kena tunda tengah viral.

 

Lepas tengking, ludah orang, baling barang dan nak cuba serang, terus tak jadi nak tunda?”

Video itu mula dimuat naik dan dikongsikan di Twitter hari ini dan telah meraih lebih daripada 1,000 jumlah retweets dalam beberapa jam ia mula dikongsikan.

Rakaman berdurasi 2 minit 19 saat ini menunjukkan seorang wanita mengamuk dengan pihak berkuasa kerana kereta ditunda, dia teriak, meluat dan baling barang kearah pihak berkuasa. Dalam pada itu ada seorang lelaki cuba menenangkannya.

Insiden itu diakhiri apabila mereka tak jadi tunda kereta wanita tersebut. Dikatakan, kejadian itu berlaku pada hari ni di Sungai Buloh.

Ramai netizen yang marah kerana melihat wanita tersebut sebab kerata dia tak jadi kena tunda, kebanyakannya troll wanita tersebut. Tapi rata-rata mengecam tindakan wanita tersebut.

 

Selamat RM 300, modal jerit-jerit, pukul-pukul je – Netizen

Tow Tow2 Tow3 Tow4

Apa pun kita tak tahu cerita sebenar apa yang terjadi, mungkin ada perkara yang kita tak tahu disebalik insiden ini yang mendorongnya melakukan tindakan sedemikian.

 

Baca : Tow Truck Bergegas Nak Bantu Mangsa Kemalangan di Ranau, Tapi Terlanggar Budak Sekolah Hingga Maut

Tow5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.