in

“Sampai cedera gusi” – Bekas Guru KAFA Didenda RM2,000 Kerana T*ndang Muka Murid

Syaz Ft 2026 09 23T131316.684

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan tidak wajar seorang bekas guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang menendang muka muridnya dua tahun lalu memakan diri apabila dia dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Abdullah Mustakim, 33, mengenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.


Artikel berkaitan: “Dia alami tekanan” –  Bekas Guru KAFA Diselamatkan Dari Terj*tuh Ke Dalam Sungai Kelantan

Artikel berkaitan: Polis Kesan Lelaki Tular T*ndang Didakwa Anak Perempuannya Di Kedai Makan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang murid lelaki yang ketika itu berusia 11 tahun dengan menendang muka mangsa menggunakan kaki kanan.

Whatsapp Image 2026 09 23 At 12.23.30 Pm

Kejadian berlaku di dalam sebuah bilik darjah di sekolah rendah tempatan kira-kira pukul 2.30 petang pada 23 Oktober 2024.

Atas kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang pulang ke rumah kira-kira pukul 5.15 petang hari kejadian telah memaklumkan kepada ibunya bahawa dia ditendang oleh tertuduh di bahagian muka semasa sesi kelas berlangsung sehingga mengalami kecederaan pada gusi.

Bagaimanapun, tertuduh dilaporkan telah membawa mangsa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan sejurus selepas insiden berkenaan berlaku.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd. Nor, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazaliza Fauzi. Tertuduh dilapor telah menjelaskan bayaran denda RM2,000 tersebut.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.