in

Palsukan Kematian? Ini Antara 5 Teori Konspirasi Kematian Puteri Diana #Throwback

Diana2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Puteri Diana, rasanya mesti korang kenal dengan lagenda ikonik Puteri Diana kan? Daripada gadis biasa yang bekerja sebagai seorang guru di sebuah nursery, berubah menjadi seorang bangsawan setelah berjaya menambat hati Putera Charles (waktu itu) tahun 1981.

Dia menjadi dambaan hati rakyat marhen dengan senyumannya yang manis dan dirinya yang berjiwa rakyat.


Namun disebalik senyumannya itu sebenarnya dia memendam 1001 duka, antaranya si suami yang selingkuh dengannya dan hubungannya dengan keluarga diraja itu tegang.

Disebabkan itu, Puteri Diana dan Putera Charles bercerai pada tahun 1992, nak dipendekkan cerita Puteri Diana menemui ajal 5 tahun kemudian apabila kereta Mercedes Hitam yang dinaikinya merempuh terowong di Pont de l’Alma, Paris, Prancis pada 31 Ogos 1997 jam 12.30 am.

Kematiannya diratapi oleh rakyat jelata, namun begitu bermacam-macam teori konspirasi kematiannya itum ada yang kata ianya telah dirancang dan masi h misteri hingga kini.

 

1. Diana seolah-olah dah tahu dia akan mati

News Graphics 2007 654506A

Pada Oktober 1996, 10 bulan sebelum kematiannya Puteri Diana sempat menuliskan sepucuk surat kepada kawannya Paul Burrell. Antara petikan tulisannya, Diana menjelaskan yang dia kini dalam bahaya.

Suami saya tengah merancang kemalangan saya, rosakkan brek dan inginkan kecederaan kepala yang serius. Untuk bagi ruang supaya Charles boleh kahwin lagi”

Dalam surat yang ditulis sepuluh bulan sebelum kematiannya, Diana juga berpesan supaya surat itu disimpan sebagai jaminan di masa depan.

Menurut telegraph.co.uk, Diana berpesan kepadanya untuk simpan surat itu sebagai jaminan masa depan. Ia seolah-olah menjadi kenyataan apabila Puteri Diana dan lelaki yang dikatakan kekasihnya Dodi Al Fayed terlibat dalam kemalangan di Paris itu.

 

2. Hamil anak orang Muslim

4A97B2865E4Bd877C3Cd2908Da33Dfc0

Khabar angin mengatakan Diana pada waktu itu tengah mengandungkan anak kepada Dodi Al Fayed.

Lapor Independent, keluarga diraja tak boleh terima orang Muslim menjadi ayah tiri kepada bakal Raja England. Jadi mereka rancang untuk bunuh pasangan ini.

Isu tentang kehamilan ini muncul sebelum Diana meninggal dunia. Semasa cuti di Perancis beberapa minggu sebelum itu, beberapa akhbar membuat spekulasi bahawa dia mungkin hamil, dan spekulasi itu disokong oleh komen layan Diana tentang “kejutan besar” tersebut.

3. ‘Kena cucuk’ dengan kereta Fiat Uno putih dari belakang

005575300 1472184777

James Andanson adalah seorang paparazzi yang selalau mengintip Putri Diana dan kekasihnya, Dodi al Fayed, sejak beberapa minggu sebelum pasangan itu meninggal dunia dalam kecelakaan maut di Paris.

Andanson bahkan diduga berada di Sardinia ketika pasangan kekasih itu kali pertama berlibur berduaan pada minggu terakhir Ogos 1997.

Jurnalis yang berusia 54 tahun kala itu adalah satu dari 10 saksi dalam misteri terkait kecelakaan maut Putri Diana.

Menurut The Sun, ada dugaan mengatakan bahawa Andanson sedang memandu Fiat Uno berwarna putih itu dan mengejar Mercedes Benz hitam yang dinaiki oleh Putri Diana bersama kekasihnya itu.

Fiat Uno itu juga diduga sempat menghimpit kereta Diana. Terdapat bekas cat kereta Fiat pada kereta Mercedes dinaiki Diana serta sejumlah serpihan kaca lampu belakang milik Fiat Uno di gerbang masuk terowong.

Ada yang menduga terjadi perempuhan antara Mercedes Diana dengan Fiat Uno sehingga membuatkan pemandu kereta Mercedes Henri Paul hilang kawasan.

Kecurigaan pun bertambah ketika pemandu Fiat Uno sebelum ini hilang tanpa dikesan meskipun telah melakukan pencarian.

Beberapa pencetus teori konspirasi mengatakan, kereta itu merupakan millik bekas agen MI6 James Andanson — yang secara rasmi dinyatakan tak terlibat dalam kecelakaan maut Diana.

Pada Mei 2000, mayat Andanson ditemukan di dalam kereta BMW berwarna hitam di Montpellier, kawasan perkampungan di Prancis selatan dengan tujuan identitinya tidak dapat dikenali.

Namun ia masih mampu dikenalpasti setelah sebulan menjalani ujian DNA. Namun pihak penyiasat yang melihat mayat itu pada asalnya ingatkan dia bunuh diri, tetapi bila tengok dari dekat dia yakin yang jurnalis itu ditempak dua kali di kepalanya.

 

4. Flashlight daripada kamera Paparazi & driver mabuk

Dfb402C38D58A1Bfaf6Cad5315455D78

Menurut Telegrapgh, kecelakaan itu berlaku ketika mereka cuba nak lari dan elakkan diri daripada dikejar oleh paparazi, mereka ingin merakam gambar Princess Diana setelah berpisah dengan Putera Charles.

Difahamkan, ketika kejadian banyak saksi melihat bahawa terdapat satu flash putih yang di keluarkan saat mereka masuk di gerbang masuk terowong tersebut beberapa saat sebelum kereta kemalangan.

Ada juga dakwaan yang mengatakan ia telah dirancang untuk membuatkan pemandu Paul Henri silau dan hilang kawalan.

Namun, sebuah penyelidikan di Prancis pada tahun 1999 menyalahkan Henri Paul sebab Paul pada waktu itu dikatakan memandu dalam keadaan mabuk dan hasil siasatan mendapati bahawa Paul ada consume ubat terlarang dan alkohol.

Ia dibuktikan ketika bedah siasat, tahap alkohol dalam darahnya tinggi dan ada sisa ubat anti-depression dalam tubuhnya.

 

5. Diana palsukan kematiannya

Ini adalah teori konspirasi yang paling liar: Diana diduga memalsukan kematiannya kerana tak tahan dengan sorotan media yang selalu mengintipnya. Malah dia juga adikatakan ada merancang dengan Dodi untuk memalsukan kematiannya.

Dikatakan Diana mahu berpindah ke luar negara dan ingin menikmati kebebasan, adakah benar? Sumber menyatakan bahawa ia tidak benar sama sekali kerana bukti-bukti yang ditemui merupakan kematian Diana dan kekasihnya Dodi Al Fayed terlalu kuat.

Malah aa juga saksi yang melihat saat-saat terakhirnya, kereta remuk, jenazah dalam keranda dan pemakaman yang megah itu agak mustahil untuk dimanipulasikan.

 

Baca : “Queen marah dah tu”- Ratu Elizabeth Kata Tak Perlu Panggil Harry & Meghan ‘Yang Mulia

Queen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.