in

“Queen marah dah tu”- Ratu Elizabeth Kata Tak Perlu Panggil Harry & Meghan ‘Yang Mulia’

Featured 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini Lobak Merah ada melaporkan mengenai pasangan Diraja Britain, Putera Harry,35 tahun dan Meghan Markle,38 membuat keputusan meninggalkan keluarga diraja dan hidup bebas sendiri diluar.

Pangeran Harry Dan Meghan Markle Bakal Tinggalkan Keluarga Kerajaan Inggris 1
Sumber: blog

Terbaru dilaporkan pasangan diraja itu kini tidak lagi akan memegang gelaran diraja mereka iaitu His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia).


Keputusan itu diambil selepas mereka buat keputusan untuk tarik diri daripada tugas-tugas diraja dan mahu hidup berdikari, lapor Astro Awani.

Menurut kenyataan dari Istana Buckingham, Harry dan Meghan juga dikehendaki membayar semula Geran Kedaulatan (Sovereign Grant) iaitu wang yang diperoleh Ratu Elizabeth menerusi pembayaran cukai rakyat setiap tahun yang digunakan untuk mengubahsuai kediaman rasmi mereka di London, Frogmore Cottage – 2.4 juta euro (kira-kira RM10.8 juta)…weh banyak tu!

Meghan Harry Queen Today 200118 Main 01 Aa10Bbd72477Db9351Aff7E07Df4333F.fit 760W
Sumber: today show

Untuk rekod, pasangan itu sebelum ini ada buat keputusan mengejut apabila mengumumkan yang mereka dan anak mereka, Archie akan menetap di Amerika Utara selain ingin menjana pendapatan mereka sendiri dan menguruskan hidup masing-masing.

 

Baca : Dorang nk hidup normal macam orang lain- Putera Harry, Meghan Buang Title  Tinggalkan Keluarga Diraja

Meghan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.