in

“Palehotak diaaaa!” – Geng Penunjuk Perasaan Selamba Simbah Cecair ‘Lighter’ & Bakar Orang Awam

Terbakar

Kalau korang memang up to date dengan berita international, mesti tahu tentang Hong Kong yang kini sedang bergelut dengan isu protes demokrasi sejak beberapa bulan lepas. Kumpulan penunjuk perasaan ni memang habis-habisan tunjuk protes sampai habis harta benda awam di bandar rosak.

Terbaru, seorang lelaki dilaporkan cedera parah selepas dibakar hidup-hidup oleh kumpuan penunjuk perasaan ini. Menurut FMT, protes itu berlaku dekat Ma On Shan, Hong Kong dan video yang dirakam orang awam di tempat kejadian kini viral di Internet.

Dalam video tu, lelaki yang memakai T-shirt berwarna hijau berkenaan dilihat cedera ketika perarakan tunjuk peraaan tu. Ketika itu, dia dilihat berdarah akibat cedera dan ada seorang individu bantu untuk lap darah yang mengalir.

Bakar1

Bakar2
sumber: wob

Tapi, tiba-tiba seorang individu yang berpakaian warna hitam terus simbah cecair mudah terbakar sebelum menyalakan pemetik api dan membakar mangsa.

Bakar3

Bakar4

Bakar5

Bakar6
sumber: wob

Api terus marak dari kepala hingga ke kaki dan lebih teruk lagi, tiada seorang pun orang awam yang berada di sekeliling cuba untuk membantu. Walaupun mereka nampak mangsa menjerit dan berusaha untuk selamatkan dirinya.

Bakar7

Bakar8

Bakar9
sumber: wob

Menurut WOB, api tersebut berjaya dipadam namun mangsa mengalami kecederaan parah kerana melecur teruk dan kini sedang dalam keadaan yang kritikal di hospital.

Tonton video di bawah:

Siapa ada plan nak cuti dekat Hong Kong tu, hold lah dulu. Takut admin tengok…

Baca: “Patutlah macam-macam bala kat sana”- Ribuan Protes Bantah RUU Haramkan Seks Luar Nikah & Seks Sejenis Di Indonesia

Featured 38