in

“Tolong hadiahkan doa dekat dia, 8 tahun control, tapi autoimun itu semakin agresif” – Suami Lydia Ibtisam

Ft Lydia Ibtisam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami kepada pelakon Lydia Ibtisam iaitu Ezam Merican mohon doa orang ramai buat isterinya yang sekarang ini masih dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Bapa kepada dua anak berkata, isterinya itu menghidap penyakit autoimun yang kini sudah mula menyerang buah pinggang dan ada virus dalam perut, paru-paru dan darah.


Artikel berkaitan: “Wan Maimunah yang izinkan” –  Scene Tunjal Kepala Drama Tak Sempurna Mencintaimu Viral, Lydiawati Perjelas Hal Sebenar

Artikel berkaitan: Sudah Masuk Fasa Kritikal Hari Ke-9, Pakar Kongsi Bagaimana Pengalaman 10 Tahun Mampu Selamatkan Jaslinda

“Lydia sakit teruk. Masalah autoimun yang serang buah pinggang serta ada virus dalam perut, paru-paru dan darah. Dia kritikal.”

“Tolong hadiahkan doa dekat dia. Lapan tahun sudah ‘control’ (kawal sakit autoimun) dengan makan ubat. Tapi, lama-lama jadi lain pula sebab autoimun itu semakin agresif.”

Screenshot 2026 07 23 160416

Selain itu, penyanyi Elliza Razak yang juga rakan baik kepada pelakon itu berkata, Lydia difahamkan bakal menjalani pembedahan kerana penyakit autoimun berkenaan pada Isnin lalu.

“Apa yang saya tahu, Lydia dimasukkan ke pusat perubatan di ibu kota pada Isnin lalu kerana masalah kesihatannya dan menjalani pembedahan disebabkan jangkitan kuman.”

“Bagaimanapun, keadaan dia kini masih kritikal walaupun saya diberitahu oleh suaminya, Ezam yang tekanan darah Lydia dalam keadaan stabil.”

Screenshot 2026 07 23 160617

“Apa pun, saya mohon doakan Lydia dan semoga segala urusannya dipermudahkan. Minta tolong doakan juga kekuatan semangat buat keluarga dan anak-anaknya dalam menghadapi ujian besar ini.”

Tambah Elliza lagi, dia berharap agar semua pihak menghormati perasaan anggota keluarga Lydia yang kini memang memerlukan sokongan dan doa orang ramai agar Lydia diberikan kesembuhan.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.