in

“Patutlah macam-macam bala kat sana”- Ribuan Protes Bantah RUU Haramkan Seks Luar Nikah & Seks Sejenis Di Indonesia

Featured 38

Baru-baru ini Lobak Merah ada laporkan mengenai negara Indonesia yang bakal memperkenalkan undang-undang baru dengan meletakkan seks luar nikah sebagai satu jenayah.

So for those yang melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan penjara selama enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah (RM3,000).

So sebagai negara yang majoritinya umat islam, ramai menganggap undang-undang ini pastinya mendapat sambutan baik masyarakt negara jiran tersebut namun lain pulak yang jadi.

 

Ribuan rakyat Indonesia protes bantah RUU haramkan seks luar nikah dan seks sejenis

Memetik Astro Awani, protes besar-besaran telah dijalankan semalam di Jakarta bagi membantah perlaksanaan rang undang-undang (RUU) yang mengharamkan seks luar nikah dan seks sejenis di Indonesia.

Untuk pengetahuan korang protes tersebut disertai ribuan penuntut universiti melibatkan beberapa bandar utama antaranya Yogyakarta dan Makassar.

Malah ada peserta sampai memanjat pagar parlimen dan menggantung kain rentang sebagai tanda bantahan terhadap RUU tersebut.

1 18
Sumber: harian metro
2 16
Sumber: harian metro

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo memaklumkan untuk menangguhkan undian bagi RUU tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Katanya ia perlu disemak sebelum dibahaskan pada sidang parlimen bulan depan.

“RUU itu ditangguhkan supaya kami dapat input yang lebih sesuai mengikut apa yang diinginkan rakyat,”

Untuk pengetahuan korang, ada golongan pengkritik yang mendakwa RUU tersebut jelas melanggar kebebasan bersuara selain mendiskriminasikan agama minoriti, wanita serta golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Namun bagi kumpulan terbesar Muslim Indonesia, Nahdlatul Ulama lihat yang RUU itu dapat mencerminkan karakter dan personaliti rakyat Indonesia yang rata-ratanya merupakan orang Islam.

 

Haishh macam mana pulak tu, benda elok kot..hurmm

Baca : “M’sia bila lagi?” ; Individu Yang Berani Buat Seks Luar Nikah Di Indonesia Boleh Masuk Penjara, Termasuk Pelancong Asing!

Indonesia 1