in

“Padahal dah bagi warning” – 10 ‘Backpackers’ Sah Positif Covid-19 Lepas Syok Berparti Besar-Besaran Tepi Pantai

Parti Bondi Corona

Tak faham juga kan dengan orang yang tak ambil serious dengan wabak Covid-19 ni kan? Macam-macam kes dah berlaku di beberapa negara lepas mereka ingkar arahan ‘stay at home’ dan tetap keluar ke tempat awam.

Terbaru, ratusan orang diancam virus Covid-19 ini selepas mereka berparti besar-besar di Bondi Beach, Australia. Menurut Daily Mail, pantai itu terkenal dengan parti dan baru-baru ini lebih 200 pelancong termasuk rakyat Australia telah memenuhi kawasan itu.

Beach11

Beach5

Termasuklah Florencia Barreiro, 24 tahun dari Argentina dan 9 orang rakannya yang melancong secara ‘backpack’ ke Australia. Malangnya, menurut The Sun, mereka semua telah disahkan positif Covid-19 selepas berparti di pantai itu.

Meskipun satu dunia sedang terancam dengan penularan wabak ini, namun kesemua yang hadir di pantai itu langsung tidak mengendahkan kepentingan ‘social distancing’ kerana mahu berparti.

Menurut Florencia, selepas parti itu dia mula mengalami simptom sakit badan dan hidung tersumbat. Selepas mendapatkan rawatan di Prince Wales Hospital, Florencia disahkan positif Covid-19.

C 3

Disebabkan dia menginap dengan 12 ‘backpackers’ lain, kerajaan Australia terus memindahkan Florencia ke hotel lain untuk isolasi. Dia kini merayu kepada orang ramai untuk kuarantinkan diri masing-masing kerana takut pelancong lain dan rakyat tempatan tidak memandang serius dengan pandemik ini.

(Ketika berparti) Kami tidak risau dan tidak sedar tentang virus ini. Kami anggap ia (Covid-19) itu jauh dari kami, tiada siapa pun yang bercakap tentang virus ini.”

Saya mula sedar tentang situasi ini (pandemik) 3 hari selepas parti itu. Saya mula rasa lemah, sakit badan dan kepala. Tapi suhu saya tidak tinggi dan tidak mengalami sakit tekak.”

Florencia kini sedang dikuarantin selama 2 minggu di hotel dan berkata sekurang-kurangnya 9 rakan ‘backpackers’ dari Argentina dan Chile turut dijangkiti Covid-19. Selain di Bondi Beach ada lagi dua parti berbeza yang diadakan besar-besaran di Australia iaitu dekat Boogie Wonderland dan Club 77.

Beach8

Beach3

Kata Florencia, sehingga kini masih ramai yang tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa dan meskipun pantai sudah ditutup, ramai ‘langgar’ dan berseronok seperti biasa.

Di Australia ini sangat tidak konsisten. Bar tetap beroperasi seperti biasa dan dipenuhi orang ramai. Jumaat lepas kami lalu di kawasan Bondi Beach dan nampak ratusan orang memenuhi pantai.”

Beach1

Beach4

Beach7

Kalau perangai mereka macam ni dan berterusan, memang lambat lagilah Covid-19 ni nak ‘selesai’…

Baca: “Sendiri cari padah kan?” – [VIDEO] ‘Influencer’ Buat TikTok Jilat Jamban, Lepas 2 Hari Disahkan Positif Coronavirus

Corona Jilat Jamban

Sumber: The Sun
Sumber: Daily Mail