in

“Sendiri cari padah kan?” – [VIDEO] ‘Influencer’ Buat TikTok Jilat Jamban, Lepas 2 Hari Disahkan Positif Coronavirus

Corona Jilat Jamban

Entah kenapa, sejak Covid-19 menular boleh pula wujud trend video mengarut seperti #CoronavirusChallenge. Lebih teruk lagi, ada pula tu yang sibuk nak buat video jijik dan demi nak dapat banyak ‘views’ mereka sanggup jilat mangkuk tandas!

Termasuklah seorang ‘influencer’ berusia 21 tahun dari Beverly Hills, California, Amerika Syarikat ini yang taknak terlepas daripada mengikuti trend terkini di internet walaupun ianya kotor dan menjijikkan.

Larz1

Sebelum ini, seorang wanita telah membuat video #CoronavirusChallenge di Tiktok di mana dia telah menjilat mangkuk jamban ketika berada di dalam sebuah pesawat. Tidak mahu ketinggalan, influencer’ bernama Larz ini pun nak buat juga video yang sama.

Beberapa hari lepas, Larz ada kongsikan video Tiktok menunjukkan dia memasuki sebuah tandas awam dan terus menuju ke salah satu cubicle. Lepas tu dia mencangkung di tepi dan terus jilat mangkuk jamban tu!

Kata orang, berani buat berani tanggung. Terimalah padahnya kan? Menurut New York Post, Larz sendiri telah memaklumkan yang dia disahkan positif coronavirus dua hari selepas menjilat mangkuk jamban tu!

Meskipun tidak dinyatakan sama ada jangkitan coronavirus tersebut didapati akibat menjilat mangkuk jamban itu namun Larz kini terlantar di hospital dan sedang menerima rawatan sepatutnya.

Larz2

Larz3

Sanggup dia jilat eh, jamban kotor kottttt?!!!!

Baca: “Harapnya bodoh tak berjangkit” – [VIDEO] Jijik! Buat Corona Virus Challenge, Wanita Ini Jilat Tandas Dalam Kapal Terbang

Feature 4 12

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: NARCITY