in

Orang Ramai Herdik Pegawai MBPP Kerana Clamp Kereta Wanita yang Bawa Ibu OKU

Clamp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Orang Ramai Herdik Pegawai MBPP Kerana Clamp Kereta Wanita yang Bawa Ibu OKU
Loading
/

Semua pemandu yang berhemah sudah semestinya sedia maklum akan kegunaan tempat meletak kereta OKU khas buat mereka yang tidak berkeupayaan. Ia menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang tidak mempunyai sticker atau kad OKU untuk memarkir kenderaan di situ.


Sungguhpun begitu, tidak semua peraturan harus diikuti mengikuti situasi. Baru-baru ini di Pulau Pinang, seorang wanita dan ibu tuanya yang berkerusi roda telah ditahan pihak berkuasa kerana memarkir kenderaan di tempat meletak kereta OKU. Eh kenapa pulak ni? 

Msian Authorities Clamp Wheelchair Bound Womans Car For Parking In Disabled Spot World Of Buzz 2
sumber: wob

Menurut FMT, pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengunci tayar kereta wanita tersebut ketika dia membawa ibunya yang berkerusi roda ke sebuah bank dekat Jalan Macalister. 

Sebaik menyedari tayar keretanya sudah dikunci, wanita tersebut cuba menjelaskan kepada pegawai penguatkuasa bahawa dia belum sempat mendapatkan sticker kenderaan OKU kerana ibunya baru saja mengalami strok dua minggu lalu.

Menerusi rakaman tersebut, pegawai berkenaan dilihat tiba di tempat kejadian dengan menaiki motosikal. Salah seorang daripada pegawai itu telah menyuruh mangsa untuk membayar denda sebelum dia menanggalkan clamp tayar kereta tersebut.

Tertekan dengan situasi yang menimpanya, wanita berkenaan telah memanggil seorang staf bank yang baru dikunjungi tadi untuk membantu menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama, orang awam telah dilihat memarahi dua orang pegawai tersebut atas apa yang berlaku.

Berapa lama dia boleh bertahan di tengah panas ini? Kalau ada apa-apa berlaku kepada dia, siapa yang nak bertanggungjawab?” kata seorang pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian.

Kenapa dengan kamu semua ini? Dia duduk di atas kerusi roda… Kalau emak kamu begini, boleh ke ah? Kamu semua memang biadap kepada orang awam,” tambah pengawal keselamatan itu lagi.

Msian Authorities Clamp Wheelchair Bound Womans Car For Parking In Disabled Spot World Of Buzz
sumber: wob

Tidak lama selepas itu, seorang wanita yang dipercayai staf bank tersebut tiba di tempat kejadian dan membayar denda kepada pegawai penguatkuasa supaya clamp pada kenderaan mangsa dapat dikeluarkan. Baiknya hati dia! 

Berikutan isu ini, mangsa, Ooi Chee Lin, 40, telah bertemu dua mata dengan Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Maimunah Mohd Shariff di Dewan Bandaraya semalam untuk bertanyakan soal peraturan ketat MBPP yang tidak wajar ke atas dirinya dan ibu yang berkerusi roda, lapor The Star.

“Bila dua orang pegawai itu lihat keadaan ibu saya, sekurang-kurangnya mereka boleh kata: ‘Okay. Biar saya periksa hal ini dengan bos saya.’ Betul tak apa saya kata? Betul atau tidak? 

“Sekurangnya tanyalah pada bos anda. Tapi mereka memaksa kami untuk bayar, kalau tidak mereka tak mahu tanggalkan clamp. Apa jenis sikap ini?” kata Ooi kepada Maimunah di hadapan para wartawan.

P6 Main 2211Nv Pg06Y Nava 3
sumber: the star

Walau bagaimanapun Maimunah dengan tenangnya menjelaskan kepada Ooi bahawa pegawai-pegawai tersebut tidak boleh membatalkan saman yang telah mereka keluarkan.

“Kami akan periksa kembali garis panduan ini. Apabila penguatkuasa tersebut melihat kamu menolak ibu yang berkerusi roda, mereka sepatutnya pertimbangkan keadaan dan kereta tersebut boleh ditanggalkan clamp tanpa sebarang bayaran.

“Namun buat masa ini, prosedurnya bukan begitu,” jelas Maimunah.

Maimunah
sumber: the star
Maimunah 2
sumber: the star

Ooi walau bagaimanapun berasa lega selepas dia dapat meluahkan segalanya kepada Datuk Bandar Maimunah berkaitan hal tersebut.

“Kalau saya tidak menyuarakan pendapat, orang lain yang tidak berpendidikan akan mengalami nasib yang sama seperti saya. Saya hanya mahu pihak bandaraya pertimbangkan hal ini dengan sewajarnya.

“Mereka boleh lihat ibu saya yang uzur di atas kerusi roda dan mereka hanya tutup mata tidak mahu tahu mengenai hal tersebut.” luah Ooi.

Anda rasa bagaimana? Betulkah tindakan pegawai MBPP tu? Rasanya kena ada budi bicara dalam soal begini. Tak boleh nak terlalu mengikut peraturan sangat. Kasihan ibu wanita yang sakit tu. 

Baca: Kecoh Wanita Steering Lock Naik Hantu Marah Pegawai MPSJ Kerana Kunci Tayar Keretanya

Clamp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.