in

Kecoh Wanita Steering Lock Naik Hantu Marah Pegawai MPSJ Kerana Kunci Tayar Keretanya

Salahkah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kecoh Wanita Steering Lock Naik Hantu Marah Pegawai MPSJ Kerana Kunci Tayar Keretanya
Loading
/

Masih ingat Kiki dan steering locknya yang mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu? Kali ini muncul lagi satu video tular yang jelas menunjukkan seorang wanita sedang bertengkar dengan Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan steering lock. 


Dalam video yang dimuat naik page PublicNews di laman Facebook, seorang wanita dilihat sedang naik hantu dipercayai kerana tidak berpuas hati selepas tayar kereta miliknya telah dikunci oleh penguatkuasa MPSJ tersebut.

Melalui video yang berdurasi 1.17 saat itu, wanita tersebut dilihat menjerit-jerit sambil mengarahkan steering lock berwarna kuning ke wajah pegawai lelaki tersebut.

Dia seterusnya kedengaran mengulangi ayat,

“Salahkah?! Salahkah?! Saya beli makanan untuk OKU salahkah? You beritahu saya salahkah?” 

Capture 20170908 181237
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, pegawai penguatkuasa tersebut yang kelihatan sedikit tenang hanya menjawab,

“Tak salah. You beli makanan you tak salah.” 

“Kalau tak salah kenapa clamp saya punya kereta?” tanya wanita itu tidak berpuas hati.

Capture 20170908 180916
sumber: facebook

Dengan mudah sekali pegawai tersebut menjawab,

“You parking kereta salah.” 

Haa kesalahan sendiri tak mahu mengaku! 

Walau bagaimanapun, wanita tersebut sempat memberi alasan bahawa dia meletakkan kenderaannya di tempat tersebut kerana ingin membeli makanan di restoran berdekatan buat rakan OKU. Lebih merumitkan kawasan tersebut memang kekurangan tempat meletak kereta.

Capture 20170908 181004
sumber: facebook

Pun begitu, tidak diketahui sama ada masalah di antara pegawai MPSJ dan wanita berkenaan dapat diselesaikan dengan baik atau tidak.

Perkongsian video itu rata-rata telah mendapat komen negatif dari netizen yang menyalahkan perbuatan wanita tersebut kerana tidak menghormati pegawai MPSJ dalam menjalankan tugasnya.

E
sumber: facebook

Kalau dah buat kesalahan tu minta maaf je lah. Dah terang-terang salah. Jangan pula banyak alasan okay? 

Baca: Konvoi Motosikal Buat Bising di Majlis Perkahwinan Cetus Pergaduhan Berparang di PPR Gombak Setia

Konvoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.