“Orang kaya jugak menang” – Lepas Dapat 230k Tandatangan, Tetiba Orang Buat Petisyen Vivy Yusof Ni Nak Delete Pulak?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Orang kaya jugak menang” – Lepas Dapat 230k Tandatangan, Tetiba Orang Buat Petisyen Vivy Yusof Ni Nak Delete Pulak?

Macam yang korang tahu, lepas kecoh isu Vivy Yusof menidakkkan bantuan kerajaan terhadap golongan B40 dan M40, ramai netizen pakat tandatangan petisyen khas mendesak Vivy letak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Disebabkan ramai orang marah dengan insensitive statements Vivy ni, 230,000 orang dah tandatangan petisyen tersebut kerana bagi dorang, Vivy tak layak untuk sandang jawatan tersebut.


Tak berapa lama lepas ini, Vivy ada membuat video permohonan maaf secara terbuka namun turut menyatakan yang dia akan menyaman individu yang membuat petisyen tersebut dan orang-orang yang “putar belitkan” kenyataannya itu.

Ekoran dari kenyataannya ini, lagi ramai netizen yang marah kerana bagi dorang petisyen tersebut adalah hak mereka.

Pun begitu, semalam, individu yang telah merangka petisyen untuk membuang Vivy dari menjadi ahli lembaga pengarah di UiTM telah mengeluarkan statement yang mengecewakan orang ramai yang dah sign petisyen tersebut.

Saya telah membuat keputusan untuk buang petisyen ini sebab masalah ini telah selesai dan petisyen ini akan dipadam secara kekal. Terima kasih semua kerana sokong.”

Eu0Bhxtueacidn8

“Senang sangat goyang”

Screenshot yang dikongsi oleh @pedoqpop di Twitter ini telah mengundang kemarahan orang ramai yang menganggap individu tersebut telah mendapat bayaran dari pihak Vivy untuk padamkan petisyen tersebut.

Screenshot 2020 04 06 At 12.49.12 Pm

Orang ramai yang sign petisyen ini turut meluahkan rasa kecewa dan meminta sesiapa untuk buat semula petisyen baru.

Screenshot 2020 04 06 At 12.49.29 Pm Down

Hmm takde hasil…

Baca: “Dah orang tak suka, orang sign lah” – Vivy Yusof Nak Saman Orang Yang Buat Petisyen Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM?

Screenshot 2020 04 06 At 12.59.49 Pm

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Orang kaya jugak menang” – Lepas Dapat 230k Tandatangan, Tetiba Orang Buat Petisyen Vivy Yusof Ni Nak Delete Pulak?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/orang-kaya-jugak-menang-lepas-dapat-230k-tandatangan-tetiba-orang-buat-petisyen-vivy-yusof-ni-nak-delete-pulak/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM