Gara-gara seorang individu yang ingkar kuarantin di rumah, kira-kira 7,000 penduduk meliputi 4 mukim di Kedah telah dikenakan TEMCO mulai 3 Ogos sehingga 30 Ogos nanti.
Meskipun bilangan kuarantin dan ujian COVID 19 yang perlu dilakukan di mukim tersebut banyak, ia tidak mematahkan semangat frontliners yang bertugas di Unit Kesihatan Padang Terap, Kedah.
Menerusi perkongsian Facebook Unit Promosi Kesihatan Padang Terap, frontliners yang bertugas di Kg Ulu Padang Sanai berasa terharu dengan kerjasama yang diberikan penduduk kampung di situ.
Tambah mereka lagi, masyarakat kampung juga sempat mendoakan semoga mereka tabah dalam melakukan tugas. Syukur alhamdulillah!
\
Bersama perkongsian tersebut, Unit Kesihatan Padang Terap juga memaparkan beberapa keping gambar frontliners yang bertugas di sana. Semoga terus bersemangat ye!
Agak menyedihkan jugalah apabila dilihat golongan kanak-kanak, bayi dan mereka yang kurang upaya terpaksa melakukan ujian COVID-19 ini.
“Kita jaga masyarakat dan negara kita” – Datuk Dr Noor Hisham
Apa-apapun usaha para frontliners ini telah mendapat pujian Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook.
https://www.facebook.com/DGHisham/posts/3521700814520448
Berikut pula kata-kata semangat dari netizen yang bangga dengan tugas yang dilakukan oleh para frontliners.
Semoga frontliners ini terus diberkati dan diberikan kekuatan untuk melakukan tugasan mereka dengan baik.