in

“Cahaya di hujung terowong semakin bersinar” – Netizen Lega Frontliners Tunjuk MAEPS Kini Semakin Kosong

Maeps

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, penurunan kes COVID 19 di Lembah Klang kini makin menampakkan hasil selepas makin ramai yang sudah divaksinasi.


Lebih menggembirakan apabila baru-baru ini, seorang frontliner yang bertugas di PKRC MAEPS, Serdang memaparkan video yang menunjukkan situasi di pusat kuarantin tersebut yang makin kosong.

Menerusi video TikTok milik Andrian Shah, dia bersama frontliners lain bertanya ke manakah mereka bakal tuju selepas pusat kuarantin tersebut tiada pesakit suatu masa nanti.

MAEPS dah kosong. Ke mana kami akan pergi lepas ni??” 

@ndrian_shah

PKRC Maeps,Sedang #pkrcmaeps #serdang #covid19 #frontliners

♬ janji putih – im her

 

“Terima kasih banyak2 sebab banyak berkorban untuk kami” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berasa lega dan berterima kasih dengan usaha yang dilakukan para frontliners dalam mengekang wabak COVID 19 ini.

Malah ramai juga yang berasa mereka akan rindukan moment tinggal di MAEPS dan akan menjadi salah satu kenangan dalam hidup.

Terima Kasih Fl

Syukur akhirnya negara kita bakal pulih dari COVID 19. Sama-sama kita terus ikut SOP dan lengkapkan vaksinasi. 

Baca: 80 Peratus Remaja Dijangka Terima Vaksin Menjelang Januari 2022 – Khairy Jamaluddin

Khairy 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.