in

“Kuarantin kat rumah konon” – Punca Kluster Sivagangga Makin Teruk Hingga 5 Sekolah Di Kedah Diarah Tutup Serta Merta

Gambar Hiasan 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di negara kita tentang segelintir masyarakat yang mempunyai ‘gelang pink’  selamber je keluar ketika di dalam tempoh kuarantin yang ditetapkan. Perkara ini bukan sahaja menyusahkan ramai pihak malah netizen menjadi berang dan geram dengan sifat ego dan pentingkan diri mereka.


Lebih mengeruhkan keadaan lagi, isu ‘tokey’ kedai nasi kandar yang baru pulang dari India di Pekan Napoh, Kedah itu telah mewujudkan satu Kluster Sivagangga di situ. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga kini, 313 telah disaring. 20 daripadanya dikesan positif. Apa yang membimbangkan lagi, 4 yang dikesan positif Covid-19 itu melibatkan kanak-kanak berusia  antara 2,7 dan 10 tahun!

Disebabkan dua pelajar sekolah rendah berusia 7 dan 10 tahun itu disahkan positif COVID-19,  Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah telah telah memutuskan untuk mengarahkan lima buah sekolah yang dikaitkan dengan kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.

Antara sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa.

Netizen rata-ratanya meluahkan perasaan geram dan marah apabila sifat pentingkan diri pemilik restoran itu menyebabkan bilangan kes di negara kita meningkat dengan drastik.

1 1

2

3

 

Kerajaan Negeri Kedah sementara itu turut memutuskan untuk melaksanakan ‘Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di 4 mukim yang terjejas susulan kluster Sivasanggara itu lapor Awani.

Perlaksanaan TEMCO di Kedah adalah di kawasan yang melibatkan kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada restoran nasi kandar itu. Antara Mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Mukim Padang Terap.

Sementara itu, kebenaran untuk melalui kawasan TEMCO hanya dibenarkan bagi pihak yang terlibat dalam perkhidmatan penting sahaja menurut Awani.

Baca: Tokey Nasi Kandar Di Kedah Degil Tak Mahu Kuarantin Lepas Pulang Dari India, Relaks Pakai Gelang Pink Kat Kedai.

F.b

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.