Meremang! Frontliners Dapat Panggilan Dari Rumah Kosong, Rupanya Pesakit Dah Meninggal 3 Tahun Lalu

Tambah ke Sumber Pilihan
Meremang! Frontliners Dapat Panggilan Dari Rumah Kosong, Rupanya Pesakit Dah Meninggal 3 Tahun Lalu

Tugas sebagai frontliners ini sememangnya tidak mengira waktu siang ataupun malam. Di mana pesakit memerlukan mereka, di situlah mereka ada datang memberi perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang bertugas di bidang perubatan, sudah semestinya tidak akan lari daripada pengalaman aneh dan mistik termasuklah menerima ‘panggilan’ misteri daripada pesakit yang tidak wujud. Uiks ni seram!


“Bagi-bagi salam tak menyahut-nyahut” 

Menerusi perkongsian di TikTok @medicalasiststant, dia telah bercerita mengenai pengalamannya pada tahun 2017, di mana dia berdepan dengan situasi misteri apabila mendapat panggilan kecemasan dari sebuah rumah pada jam 3.30 pagi.

Menurutnya, pesakit itu dilaporkan tidak sedarkan diri dan pihak hospital telah menghantar ambulans ke sana.

Ambualansa1 1626580553Sumber: Gambar hiasan

Saya mendapat panggilan pada pukul 3.30 pagi, menyatakan nama dan alamatnya mengatakan tidak sedarkan diri di rumah. 

“Dalam 15 minit saya dan pemandu dan seorang lagi bergerak sampai ke rumah yang dialamatkan. 

“Sesampainya saya ke rumah berkenaan, rumah gelap. Bagi-bagi salam tak menyahut-nyahut. Saya kemudian menelefon kembali ke klinik untuk menyemak alamat rumah. Semuanya betul,” katanya.

“Tiba-tiba dengar bunyi burung hantu” 

Berasa pelik dengan situasi yang dialami, frontliners ini kemudian menelefon nombor pesakit berkenaan, namun alangkah terkejutnya apabila dia mendapat nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan. Aikk ini sudah lain macam… 

“Bila saya hubungi kembali nombor pesakit, tiada dalam perkhidmatan. Cemas rasanya. Sedang bercakap dengan pemandu, tiba-tiba dengar bunyi burung hantu dari atas bumbung rumah. 

“Saya pandang pemandu, pemandu pandang saya… Lari berkecapuih balik (bergegas meninggalkan rumah itu),” ceritanya.

Katanya lagi, mereka kemudian memeriksa nama pesakit tersebut di klinik dan mendapati pesakit itu sudah meninggal dunia tiga tahun lalu. Adoi… 

“Kena scam dengan hantu” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai respon netizen yang berasa seram serta meremang dengan situasi dialami frontliners tersebut.

Malah ada juga yang sempat berjenaka memberitahu bahawa frontliners tersebut sudah di ‘scam’ oleh hantu. Boleh pulak ye… 

Hantu Scam ManusiaSumber: TikTok

Sabarlah ye frontliners… kesian pulak bila kena ‘prank’ dengan hantu. 

Baca: “Hantu alaf baru, siap buat peace” – Niat Nak Kongsi Suasana Berkelah, Lain Yang Netizen Perasan

Hantu

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Meremang! Frontliners Dapat Panggilan Dari Rumah Kosong, Rupanya Pesakit Dah Meninggal 3 Tahun Lalu
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/meremang-frontliners-dapat-panggilan-dari-rumah-kosong-rupanya-pesakit-dah-meninggal-3-tahun-lalu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM