in

#Throwback 6 ‘Kenangan’ Rakyat Malaysia Lalui PKP 1 Pada 18 Mac 2020 Dulu

Ft Kenangan Pkp 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 18 Mac 2022, satu khabar gembira buat semua rakyat Malaysia terutamanya para peniaga kerana lebih kurang dalam 13 hari lagi kita akan ke fasa endemik.


Namun, jika dikenangkan balik 2 tahun lepas, tarikh ini lah satu detik bersejarah buat negara Malaysia dimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilakukan akibat jangkitan virus Covid-19 yang semakin meningkat.

Perniagaan, pekerjaan dan banyak perkara yang terjejas dan ada yang dah gulung tikar. Jadi, disini Astro Awani ada mengimbau beberapa kenangan sepanjang tempoh PKP 1 dulu

 

1. Tak sekolah, perniagaan tutup, tak boleh jalan jauh

664066

Perlaksanaan PKP itu diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada ketika itu selaku Perdana Menteri Malaysia, ia dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 sebagai langkah untuk mencegah penularan ini.

Antara peraturan yang ditetapkan adalah had pergerakan, banyak sekatan dilakukan di setiap lokaliti dan daerah oleh anggota polis dan tentera, hanya segelintir sektor sahaja seperti petugas barisan hadapan iaitu kakitangan medikal dibenarkan bertugas.

Bahkan sekolah, rumah agama serta perniagaan ditutup, jika ada yang ingkar arahan, boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 1,000 atau penjara tak lebih 6 bulan.

 

2. Mula laksanakan PKPD

720040

27 Mac 2020, mana-mana kawasan zon merah (kawasan paling banyak kes jangkitan) akan diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dimana ia jauh lebih ketat daripada kawasan lain yang dikenakan PKP.

Berbeza dengan PKP yang mendapat kebenaran untuk wakil rumah keluar membeli barangan dapur, mereka yang tinggal di kawasan PKPD ini tidak boleh keluar rumah langsung, di sekeliling penempatan mereka akan diletakkan kawat besi.

 

3. Perlaksanaan PKPB & PKPP

61610367412 Muhyiddinyassin

PKP Bersyarat (PKPB) mula dikuatkuasakan dimana ada sedikit kelonggaran membuka ekonomi negara secara terkawal dan atas kerjasama rakyat Malaysia, kes jadi semakin turun dan menjelang 10 Jun 2020 hingga 26 Januari 2021, negara Malaysia telah beralih ke fasa PKP Pemulihan (PKPP) di mana peraturan lebih longgar.

Waktu itu, ramai yang gembira apabila mereka akhirnya boleh rentas daerah, bahkan rentas negeri.

 

4. Kes naik balik PKP 2.0 dilaksanakan

553Walaubagaimanapun, sekitar awal tahun 2021, kes kembali melonjak dan PKP dilaksanakan semula, ia dimulakan dengan negeri-negeri yang mencatat kes jangkitan harian tertinggi dahulu iaitu, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor & Sabah. Waktu ini ia dipanggil PKP 2.0

 

5. Pecahan PKP, PKPD, PKPP, PKPB mengikut tempat sebelum PKP 3.0

Ada negeri beralih ke fasa PKP, PKPD, PKPP, PKPB bergantung kepada jumlah kes. Walaubagaimanapun, kes semakin terus meningkat yang membuatkan kerajaan terpaksa melaksanakan PKP 3.0 bermula 1 Jun 2021.

 

6. PPN

Kjdos 1641456251

Dalam masa yang sama, Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang menggariskan syarat-syarat untuk pembukaan semula sektor-sektor secara beransur-ansur dalam 4 fasa tergantung kepada jumlah kes harian mengikut tempat.

Setiap peralihan fasa, akan ada sektor-sektor lain dibuka , pada fasa ke 4 hampir kesemua sektor dan kelonggaran dilaksanakan dan 3 Januari 2022, semua negeri di Malaysia sudah berada di fasa 4 PPN.

Baca : Sektor Ekonomi di Kawasan PKPD Patut Kekal Tutup – MB Selangor

Ft Kilangselangor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.