in

Nyanyian Tak Harmoni, Persembahan Kumpulan The Gadys Ketika Acara Anugerah Dikritik Netizen

F1 Nyanyian The Gadys

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah kumpulan nyanyian yang dikenali sebagai The Gadys telah menjadi perhatian ramai gara-gara mutu persembahan mereka yang dikatakan tidak memuaskan oleh warganet.


Kumpulan The Gadys yang terdiri daripada tiga orang ahli itu telah menyanyikan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia ketika acara Anugerah KNKV Viral Award 2024 yang ditayangkan menerusi saluran TV2.

Namun, setelah video nyanyian kumpulan itu dikongsikan menerusi TikTok, rata-rata warganet terkejut dengan mutu persembahan mereka sehingga ada yang menyangka pada mulanya jika persembahan nyanyian itu adalah parodi, lapor Harian Metro.

 

Persembahan mereka itu juga telah mendapat perhatian komposer terkenal iaitu Julfekar di mana Julfekar telah meluahkan rasa kecewanya terhadap mutu persembahan kumpulan itu menerusi Facebook.

1

Artikel Berkaitan: Dalam dewan beza, mereka kata sedap” – Tular Video Nyanyi Lagu Dawai Sumbang, Ini Respon Sharifah Zarina

Artikel Berkaitan: “Nak gelak pun serba salah” – Video Pemuda ‘Ditampar’ Pokok Ketika Nyanyi Jadi Bahan Ketawa Netizen

Menerusi Facebook, Julfekar berpendapat bahawa persembahan kumpulan The Gadys itu seperti sebuah persembahan di sekolah.

Beliau turut tertanya-tanya bagaimana persembahan seperti itu dibenarkan di sebuah anugerah yang ditayangkan di televisyen.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat persembahan itu biasa sahaja dan tidaklah teruk pun.

2

Apa pula pendapat korang tentang persembahan trio ini? 

Sumber: TikTok, Facebook Julfekar

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.