in

“Dalam dewan beza, mereka kata sedap” – Tular Video Nyanyi Lagu Dawai Sumbang, Ini Respon Sharifah Zarina

Ft Dawai Sharifah Zarina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Sharifah Zarina tampil memberikan respon berhubung dengan videonya menyanyikan lagu Dawai dalam satu program tular kerana dianggap sumbang.

Kata penyanyi lagu Langit Ke Tujuh itu, nyanyiannya tidak seteruk mana dan dia tetap berpuas hati dengan persembahan berkenaan.


Artikel Berkaitan : “Baru ambik pukul 10 tadi” – Pembantu Rumah Sharifah Zarina Larikan Diri Sampai Panjat Tembok

Artikel Berkaitan : “Lepastu berlakon konon pujuk baby” – Amah Kantoi Pukul Bayi Dalam CCTV

Zarina menjelaskan yang dia ada membuat latihan dengan seorang guru vokal bagi memastikan nyanyiannya itu dapat disampaikan dengan baik.

@fasha_ariana_official

sharifah zarina – dawai #sharifahzarina #dawai #fyp #sembangentertainment #fashaarianaofficial

♬ original sound – Fasha_Ariana_Official – Fasha_Ariana_Official

“Saya diundang untuk menyanyi. Dari segi menyanyi, saya sudah buat yang terbaik dan saya sedar yang kini saya tidak lagi relevan sebab sudah lama menyepi.”

“Jadi apa yang mereka jangkakan? Saya rasa nyanyian yang disampaikan sedap sahaja, puas hati. Itu suara saya yang setelah sekian lama tiada jemputan. Kali terakhir pun saya menyanyi pada 2021. Jadi, terimalah suara off market saya.”

Tegasnya lagi, kualiti nyanyiannya berbeza dalam video tular dengan secara langsung di auditorium.

“Dalam dewan cara pendengaran berbeza, Mereka suka saya nyanyi, mereka kata sedap. Dalam dewan bunyi mikrofon dia lain dan di televisyen pula lain sebab apa-apa kelemahan akan dengar.”

Dalam pada itu, dia tidak berkecil hati dengan komen dan kecaman netizen, sebaliknya Sharifah Zarina anggap ia satu perkara yang melucukan.

Sumber : mStar. TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.