in

“Family buluh perindu!” – Menyanyi Dalam Kereta, Ramai Terpegun Dengar Suara Anuar Zain, Ernie & Syamel

Family Buluh Perindu Anuar Zain Ernie Syamel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bercakap tentang family yang berdarah seni, dalam dunia lakonan kita ada adik beradik ‘Maembong’ dan ‘Senrose’ yang mana kesemuanya sangat talented dalam lakonan.


Bagi dunia nyanyian pula, kita ada anak beranak ‘Pak Zain’ yang boleh dikatakan sangat hebatlah dalam seni suara ini. Bayangkan kalau mereka semua bergabung atas satu pentas. Wow memang meletup lah! 

Photo6293963380888808555Edit 1617660008

Inilah yang berlaku di akaun TikTok penyanyi terkenal Anuar Zain apabila dia memuat naik video dirinya berpadu suara dengan Ernie Zakri iaitu anak saudara sendiri dan juga Syamel, suami kepada Ernie.

@anuarzainnetwork

With my lovelies @erniezakri23 @bangmel93 #anuarzain #erniezakri #syamel #santai #foryoupage #fyp #fypシ #chillwithtiktok #singing #justforyou

♬ original sound – ANUAR ZAIN – ANUAR ZAIN

Ketiga-tiga mereka telah menyanyikan lagu ‘Seribu Tahun’ daripada Imran Ajmain semasa berada di dalam kereta je tau. Fuh suara masing-masing tak nak kalah. Macam dalam konsert dah admin rasa! 

 

“Pakcik makcik suara power, bayangkan anak ernie syamel nanti” 

Perkongsian tersebut mendapat komen positif netizen yang bagaikan tidak puas melihat persembahan ketiga-tiga mereka itu.

Malah ada juga siap mengatakan, kalau ‘pakcik dan makcik’ Ernie pun suaranya dah sedap, bayangkan anak Ernie dan Syamel nanti. Pasti ada bakat nyanyian yang hebat juga!

Suara Sedap

Min harap satu masa nanti dorang dapatlah bergabung atas satu pentas buat konsert sama-sama. Mesti best gila kan! 

Baca: Ernie Dipuji Vokal Mantap Masa SFMM36 Walau Sarat, Peminat ‘Throwback’ Ibu Sedara Masa AJL 1999

Ziana Ernie

Sumber: Harian Metro
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.