in

“Berlaku Kesilapan Teknikal Ketika Persembahan”- Wakil Syarikat Pengurusan Kumpulan The Gadys

F1 Masalah Teknikal The Gadys

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular di media sosial tentang mutu persembahan kumpulan The Gadys yang telah dikritik warganet kerana tidak harmoni dan dikatakan agak sumbang oleh netizen.


Namun, wakil pihak pengurusan kumpulan The Gadys iaitu Universal Music Malaysia & Valient Music tampil menjelaskan bahawa mutu persembahan trio itu menjadi sebegitu berikutan kerana berlakunya kesilapan teknikal ketika persembahan.

1 1

Kesilapan teknikal tersebut ialah ketiga-tiga penyanyi itu sebenarnya berlatih menggunakan minus one yang berbeza dengan yang digunakan ketika siaran acara anugerah itu.

Memetik laporan Berita Harian, minus one yang digunakan oleh kumpulan The Gadys ketika latihan adalah minus one dengan ‘key’ yang lebih rendah.

Artikel Berkaitan: Nyanyian Tak Harmoni, Persembahan Kumpulan The Gadys Ketika Acara Anugerah Dikritik Netizen

Artikel Berkaitan: “Dalam dewan beza, mereka kata sedap” – Tular Video Nyanyi Lagu Dawai Sumbang, Ini Respon Sharifah Zarina

Namun, ketika malam persembahan yang sebenar, pihak produksi menggunakan minus one dengan ‘key’ yang lebih tinggi.

Jadi, kesilapan teknikal itu sedikit sebanyak telah menjejaskan mutu persembahan The Gadys.

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan kumpulan itu tidak menyalahkan produksi, sebaliknya mereka mengakui kelemahan nyanyian kumpulan trio tersebut.

Difahamkan juga, kumpulan The Gadys tetap tenang membaca komen-komen dan kritikan netizen dan mereka juga dikatakan akan berusaha untuk memperbaiki mutu vokal mereka.

Ooo, macam tu rupanya…

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.